Ahad, 1 Disember 2019

Perkembangan Bayi Berumur 8 dan 9 Bulan

Kuala Lipis, 01/12/2019 - Anak keempat saya berumur 8 bulan 20 hari pada hari ini (Ahad, 1 Disember 2019).

Ketika bayi berumur 8 bulan, dia mula menerokai persekitarannya. Dia sudah mula memahirkan dirinya untuk mengambil objek kecil dengan jari-jemarinya. Ramai bayi pada usia ini mula belajar merangkak tetapi jangan bimbang jika dia belum merangkak lagi. Ini terjadi kepada anak saya. Setakat hari ini, dia sudah lama pandai meniarap sambil bergerak ke hadapan dan bergolek-golek tetapi belum boleh merangkak. Pastikan rumah selamat untuk bayi seperti perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah supaya tidak jatuh dan menyimpan perabot yang kurang kukuh.

Ketika bayi berumur 9 bulan, bermain dengannya menjadi lebih menyeronokkan. Dia akan suka mengosongkan dan mengisi bekas atau menyusun cawan dalam gegelung. Pada usia ini, bayi tidak akan bermain dengan alat permainannya sahaja tetapi ibu dan bapa akan menjadi teman bermain terbaik untuknya. Dia sudah pandai mengucapkan beberapa perkataan biarpun tidak berapa tepat. Bayi membesar menjadi individu yang suka mengembara. Menyediakan rumah supaya selamat untuk bayi adalah suatu kemestian. Letakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi kerana dia suka bermain dengannya. Bayi suka meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan bebarapa bongkah berwarna-warni dan pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.