Selasa, 3 Disember 2019

Percutian ke Cameron Highlands 2019

Cameron Highlands, 03/12/2019 - Saya, isteri dan empat orang anak kami telah berada di kawasan tanah tinggi ini dari pagi hingga ke petang. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di Pahang. Kami telah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands sebelum ini.

Kira-kira jam 9:10 pagi, kami berenam bertolak dari rumah emak saya di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular (SU), Kuala Lipis, Pahang. Saya memandu Proton Exora sejauh 95 kilometer dan kami berhenti di Kawasan Bergambar milik Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), kira-kira jam 10:40 pagi. Ia terletak selepas Habu iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Ringlet. Kami kembali menaiki kenderaan dan berhenti pula di Cameron Valley (Bharat Group), Tea House, Tea Shop 1 (TS1), kira-kira jam 11:05 pagi. Ia terletak sejauh 98 kilometer dari RTP SU iaitu 3 kilometer dari Kawasan Bergambar milik MDCH. Selepas makan dan minum di TS1, kami berjalan kaki turun ke Cameron Valley Tea dan melawat ladang teh.

Kami kembali menaiki kenderaan melalui Tanah Rata dan terus ke Brinchang. Kira-kira 2 kilometer sebelum sampai ke Brinchang, berlaku kesesakan lalu lintas. Di Brinchang, kami cuma singgah mengisi petrol di stesen Petronas dan kembali ke Tanah Rata.

Di Tanah Rata, kami pergi ke Masjid Abu Bakar dan singgah solat. Makan dan minum di Restoran TAC (Taman Apple Cameron), bersiar-siar di kawasan sekitarnya, singgah berjumpa dengan anak perempuan kepada jiran di belakang rumah emak saya yang bekerja di Taska Genius serta membeli pelbagai jenis barang ketika dalam perjalanan pulang.

Jam 5:40 petang, kami bergerak pulang meninggalkan Cameron Highlands dari kedai terakhir (di sebelah kiri jalan) yang terletak di antara TS1 (di sebelah kanan jalan) dan Kawasan Bergambar milik MDCH (di sebelah kanan jalan).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.