Jumaat, 13 Disember 2019

Percutian ke Perak 2019

Saya, isteri dan empat orang anak kami bercuti ke Perak selama 3 hari 2 malam. Malam pertama kami menginap di Bilik 313, Ipoh Boutique Hotel, Nombor 69 dan 70, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak. Malam kedua kami menginap di Bilik 220, Hotel Seri Malaysia Ipoh, Lot 10406, Jalan Sturrock off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak.

Rabu, 11 Disember 2019 (hari pertama). Saya, isteri dan empat orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang pada jam 11:55 pagi. Saya memandu Proton Exora melalui jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya meneruskan pemanduan di E7 dan membelok ke Jalan Cheras serta masuk ke Lebuhraya Shamelin atau Lebuhraya Tambahan Besraya (E9) melalui Plaza Tol Loke Yew (RM2.00). Kenderaan kami terus bergerak di Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tuanku Abdul Halim, terus ke Plaza Tol Jalan Duta dan masuk ke Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1). Berhenti solat dan isi petrol di stesen Petronas Kawasan Rehat Tapah. Kami bergerak dan keluar dari PLUS (E1) melalui Plaza Tol Simpang Pulai (RM24.80). Jam 4:30 petang, kami sampai ke bandar raya Ipoh dan berada di tempat letak kereta awam berhampiran hotel yang saya tempah melalui internet (Booking.com) iaitu Ipoh Boutique Hotel. Kami mendaftar masuk ke hotel. Kadar sewanya ialah RM89.00 + RM5.52 (cukai) = RM94.52 (Kad Debit VISA). Bayaran deposit RM50.00 dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti. Kami berehat dan solat sebelum makan malam di Kentucky Fried Chicken yang terletak berhampiran bangunan hotel. Naik kenderaan, berjalan-jalan dan kami membeli-belah di Gerbang Malam. Pulang ke hotel, berehat dan bermalam di sini.

Khamis, 12 Disember 2019 (hari kedua). Kami bangun tidur, solat dan bersiap diri. Sarapan pagi di dalam bilik hotel sahaja. Kami mendaftar keluar dari Ipoh Boutique Hotel. Pergi melawat Istana Kellie (Kellie's Castle) di Batu Gajah. Kami kembali ke bandar raya Ipoh dan makan serta minum di kedai makan Mee Kicap Mat Jasak (Mee Daud Mat Jasak) di Jalan Dato' Onn Jaafar, Taman Julibee. Di taman sama, naik kenderaan ke Jalan Masjid dan singgah solat di Masjid Panglima Kinta. Kami mendaftar masuk ke Hotel Seri Malaysia Ipoh yang juga saya tempah melalui internet (Booking.com). Kadar sewanya ialah RM153.00 + RM9.20 (cukai) = RM162.20 (Kad Debit VISA). Tiada bayaran deposit. Kami bersiap diri dan pergi pula ke MAPS (Movie Animation Park Studios) di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya. Bermain, solat, makan malam dan pulang ke hotel untuk bermalam di sini.

Jumaat, 13 Disember 2019 (hari ketiga). Kami bangun tidur, solat dan bersiap diri. Saya, isteri dan anak keempat kami bersarapan pagi di Kafe' Rasa Rasa Seri Malaysia. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga kami cuma bersarapan di bilik hotel. Kami mandi di kolam yang pandangannya boleh dilihat dari bilik hotel tempat kami menginap. Kami sedang bersiap-siap untuk mendaftar keluar dari Hotel Seri Malaysia Ipoh bagi tujuan pulang ke rumah di Kajang. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.