Ahad, 24 Mei 2020

Sambutan Aidilfitri 1441 Ketika PKPB

Kajang, 24/05/2020 - Saya, isteri, empat orang anak kami dan emak mentua saya berada di rumah kami kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) sedang berkuatkuasa ketika ini. Seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). PKPB ialah lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ini ialah PKP hari ke-68 (Ahad, 1 Syawwal 1441).

Di rumah, kami telah bertakbir hari raya, menunaikan solat sunat Aidilfitri dan saya menyampaikan khutbah hari raya. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedures) sambutan hari perayaan. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Kami menggunakan aplikasi Google Meet untuk menghubungi ahli keluarga di sebelah saya dan di sebelah isteri. Ini kerana pergerakan merentas negeri terutamanya semasa musim perayaan masih tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Walaupun begitu, kami yang berada di Selangor ketika ini boleh bergerak ke Putrajaya dan Kuala Lumpur yang dikategorikan sebagai Lembah Klang. Pergerakan di tiga buah negeri ini dikira merentas daerah dan dibenarkan semasa tempoh PKPB. Aktiviti ziarah untuk Hari Raya Aidilfitri dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja di negeri yang sama.

Sambutan hari perayaan hanya untuk keluarga terdekat, dalam rumah yang sama. Tidak boleh melebihi 20 orang. Elakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat). Amalan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter. Elakkan menziarahi warga emas dan individu berpenyakit kronik.

Takbir hari raya hanya untuk keluarga yang serumah. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan utamakan kebersihan diri serta peralatan. Pastikan sajian sentiasa ditutup dan bersih. Tidak bersalaman dan bersentuhan ketika mengedarkan duit raya. Pendekkan waktu pertemuan. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.