Isnin, 1 Jun 2020

PKP Hari Ke-76 dan Cuti Sekolah 2020

Kajang, 01/06/2020 - Saya masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), elakkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja. Seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). PKPB ialah lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hari ini ialah PKP hari ke-76.

Saya telah mula berbaris di luar sebuah pasar raya besar pada jam 7:40 pagi dan kira-kira jam 8:00 pagi mula bergerak masuk ke dalam bangunan. Suhu badan diperiksa melalui dahi dan saya menulis nama serta nombor telefon pintar sebelum membeli-belah. Jam 9:40 pagi, saya mula bergerak keluar dari bangunan melalui pintu yang sama ketika masuk. Semasa membeli-belah tadi, pilih barang yang hendak dibeli, imbas sendiri harga barang dengan telefon pintar dan bayar harga barang-barang di kaunter tanpa mengeluarkannya dari troli.

Sekarang ini saya dan keluarga masih dalam cuti persekolahan untuk Cuti Pertengahan Tahun mulai 23 Mei hingga 7 Jun 2020. Cuti Pertengahan Penggal 1 bermula pada 14 Mac 2020 dan cuti PKP pula bermula pada 18 Mac 2020. Sehingga ke hari ini, semua sekolah masih ditutup. Maksudnya ialah Cuti Pertengahan Penggal 1 telah bersambung dengan Cuti Pertengahan Tahun.

PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020), PKP Fasa 3 (15 April hingga 28 April 2020), PKP Fasa 4 (29 April hingga 12 Mei 2020) dan PKPB (4 Mei hingga 9 Jun 2020)Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana masih bercuti PKPB.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedures) dalam mengamalkan normal kehidupan baharu. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kerjasama rakyat penentu kejayaan pemutusan rantaian jangkitan Covid-19. Jangan ingkar arahan PKPB. Mulai hari ini (Isnin, 1 Jun 2020), kebenaran merentas negeri dibolehkan atas sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan bekerja sahaja. Juga dibolehkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh yang mempunyai sebab munasabah dengan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.