Rabu, 10 Jun 2020

PKPP Mulai 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020

Kajang, 10/06/2020 - Saya masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada hari semalam (9 Jun 2020) telah digantikan dengan PKPP yang bermula pada hari ini (10 Jun 2020) hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada kita untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedures (SOP) secara berterusanSeluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Di Malaysia, PKPP ialah lanjutan daripada PKPB dan PKP. Hari ini ialah PKP hari ke-85.

PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020), PKP Fasa 3 (15 April hingga 28 April 2020), PKP Fasa 4 (29 April hingga 12 Mei 2020), PKPB (4 Mei hingga 9 Jun 2020) dan PKPP (10 Jun hingga 31 Ogos 2020). Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana masih bercuti PKPP.

Setakat hari ini, sekolah masih ditutup. Walaupun tidak ada aktiviti pengajaran atau aktiviti lain dilaksanakan di sekolah, guru-guru masih boleh bekerja dari rumah. Pengajaran dalam talian melalui internet tetap dijalankan seperti menggunakan Google Classroom, WhatsApp, Telegram dan lain-lain.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai mematuhi SOP dalam mengamalkan normal kehidupan baharu. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengatur pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara. Kerjasama rakyat penentu kejayaan pemutusan rantaian jangkitan Covid-19.

Mulai hari ini (Rabu, 10 Jun 2020), perjalanan merentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara beperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP. Kerajaan Malaysia melaksanakan PKPP berteraskan strategi. 1-Pengukuhan Kesihatan Awam. 2-Perundangan dan Penguatkuasaan. 3-Pengukuhan Kawalan Sempadan. 4-Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi. 5-Pembudayaan Kebiasaan Baharu. 6-Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti. 7-Perlindungan Golongan Berisiko.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.