Rabu, 24 Jun 2020

Sesi Persekolahan Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Bermula Hari Ini (24-06-2020)

Kajang, 24/06/2020 - Rakyat Malaysia masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada kita untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedures (SOP) secara berterusanSeluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Di Malaysia, PKPP ialah lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD pula boleh dilaksanakan jika jumlah jangkitan positif yang tinggi di kawasan tertentu. Hari ini ialah PKP hari ke-99.

PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020), PKP Fasa 3 (15 April hingga 28 April 2020), PKP Fasa 4 (29 April hingga 12 Mei 2020), PKPB (4 Mei hingga 9 Jun 2020) dan PKPP (10 Jun hingga 31 Ogos 2020).

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja yang kembali ke sekolah pada hari ini (Rabu, 24 Jun 2020) kerana mereka akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membatalkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Murid-murid dan pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM masih meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah. Pembatalan peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid serta pelajar kerana satu kaedah baharu akan diperkenalkan oleh pihak KPM.

Selain mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat dalam sidang media khas dua minggu lepas pada petang Rabu (10 Jun 2020), Dr Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan (Pendidikan) juga telah berkata bahawa jasa ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan hanya anak-anak yang sihat dihantar ke sekolah. Warga sekolah serta anak-anak perlu mematuhi SOP dan garis panduan yang disediakan di sekolah.

Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru sudah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan yang ada di sekolah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.