Selasa, 1 September 2020

PKPP2 Mulai 1 September Hingga 31 Disember 2020

Kajang, 01/09/2020 - Saya masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum ini, PKP Pemulihan bermula pada 10 Jun 2020 dan berakhir pada hari semalam (31 Ogos 2020) telah dilanjutkan sehingga akhir tahun 2020 dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 2 yang bermula pada hari ini (1 September 2020) dijadualkan akan berakhir pada 31 Disember 2020. Ramai bersetuju ia dilanjutkan kerana negara kita masih berdepan dengan jangkitan Covid-19. Kita boleh menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan kebiasaan baharu di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedures (SOP) secara berterusanSeluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Di Malaysia, hari ini ialah PKP hari ke-168.

PKP Fasa 1 dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, PKP Fasa 2 dari 1 April 2020 hingga 14 April 2020, PKP Fasa 3 dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020, PKP Fasa 4 dari 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020, PKP Bersyarat dari 4 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020, PKP Pemulihan dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 dan PKP Pemulihan 2 dari 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020. PKP Diperketatkan (Secara Pentadbiran) hanya dibuat mengikut kawasan jika terdapat kluster baharu dalam penularan wabak penyakit ini.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai mematuhi SOP dalam mengamalkan normal kehidupan baharu. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengatur pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara. Kerjasama rakyat penentu kejayaan pemutusan rantaian jangkitan Covid-19.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.