Rabu, 8 Oktober 2025

HCTM UKM 08.10.2025

Kuala Lumpur, 08/10/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Perodua Alza Ivory White) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 07/10/2025 (Selasa), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM33.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 08/10/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9026 (jam 8:51 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor saya dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Ia dikendalikan oleh jururawat W. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nama saya dipanggil ke Bilik 7. Diperiksa mata saya oleh Dr Haw Qian Zhi menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam mata kanan untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan mata. Tekanan mata kanan saya ialah 18 mmhg. Doktor Perubatan yang lain juga merawat mata saya. Titisan bius mata (anestetik) dimasukkan ke dalam mata kanan untuk dibuang benang jahitan dalam mata. Mereka merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Sijil Cuti Sakit saya untuk bulan September hingga Oktober 2025 (29 hari) belum tamat tempoh. Sijil Cuti Sakit saya untuk bulan Oktober 2025 (16 hari) pula ditambah. Sebelum pembedahan mata, jenis penyakit yang dihidapi oleh saya ini ialah kejatuhan nukleus (nucleus drop). Kanta mata tiruan di dalam mata kanan saya ialah kanta untuk pandangan jauh. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter A.

Saya mendapatkan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1151. Zoxan (antibiotik), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Maxidex, 1 titis 4 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam.

Turun ke tingkat G dan pergi ke Lobi Utama. Saya mengambil borang perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia rujukan 284 September 2025 yang telah diproses di Bahagian Penjanaan (BDO) dan Kaunter Sara Ubat. Ia juga berkaitan dengan urusan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pergi ke kafe hospital, membeli makanan dan makan di sini. Kuetiau Sup dari gerai Aneka Makanan Sup (RM7.50). Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Perodua Bezza HWE 9316 dari HTCM ke rumah SI (RM30.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.