Kajang, 30/10/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah SI. Hari ini juga ialah 08/05/1447. Ia bermaksud 8 Jamadilawal 1447 (Khamis) 30 Oktober 2025.
Pada 8:55 AM, saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan Kad Debit kerana kaedah FPX (Financial Process Exchange) dan JomPay tidak berjaya. Walaupun begitu, ia menggunakan tapak yang sama di laman web FPX.Zakat.Selangor.com.my - Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor). Ia merupakan satu kaedah pembayaran "online" terkini di Malaysia yang diuruskan oleh MEPS (Malaysian Electronic Payment System) Sdn Bhd. Ia adalah satu platform transaksi kewangan secara "online" yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet.
Tahun 1447 Hijrah (2025 Masihi), saya masih memilih cara pembayaran dalam talian kerana ia merupakan kaedah yang pantas, mudah dan selamat untuk menunaikan kewajipan. Umat Islam boleh membayar zakat tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja hanya dengan beberapa klik. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai dan mengelakkan beratur panjang di kaunter.
Tahun ini (1447 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 85 gram (cukup nisab pemilikan) kerana 8 Jamadilawal 1446 hingga 8 Jamadilawal 1447 (cukup haul setahun). 85.0000 + 121.9554 = 206.9554 gram (jumlah keseluruhan). Baki emas 121.9554 gram belum cukup haul.
Harga emas semasa bagi jenis emas 999.9 (24 karat) pada hari ini (8:55 AM) ialah RM531.00 per Gram (PG beli). Saya telah menyimpan emas sebanyak 85 gram selama setahun, nilai zakat yang saya wajib bayar pada hari ini ialah RM1,128.40 sahaja. Timbangan emas x harga semasa [PG beli] x 2.5% (85 gram x RM531.00 = [45,135.00] x 2.5% = RM1,128.40). Nilai zakat emas 999.9 ialah RM1,128.40.
Jika ada pertambahan 85 gram lagi. Tahun depan (1448 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 85 gram × 2 kefarduan = 170 gram (cukup nisab pemilikan × 2 kefarduan) kerana 8 Jamadilawal 1446 hingga 8 Jamadilawal 1448 (cukup haul setahun × 2 kefarduan).
Umat Islam (penyimpan emas) yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urus niaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya. Wang tunai, nilainya susut akibat inflasi dan emas, setakat ini kalis inflasi kerana nilainya cenderung kekal atau meningkat apabila inflasi naik. Emas melindungi kuasa beli untuk simpanan jangka masa panjang.
