Isnin, 7 Disember 2020

PKPB Selangor Disambung 7 Disember 2020 Kecuali Di 3 Daerah

Kajang, 07/12/2020 - Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan wilayah persekutuan Putrajaya mulai pertengahan Oktober, disambung pada November dan berlanjutan sehingga minggu pertama bulan Disember 2020. Penilaian risiko yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 (coronavirus disease 2019) di beberapa buah negeri. Oleh itu, PKPB di negeri Selangor dilanjutkan berkuatkuasa mulai 7 hingga 20 Disember 2020 kecuali di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. PKPB di Kuala Lumpur juga dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 dan PKPB di Putrajaya telah ditamatkan pada hari semalam (Ahad, 6 Disember 2020). Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan hari ke-265.

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 1472 orang (01/12/2020), 851 orang (02/12/2020), 1075 orang (03/12/2020), 1141 orang (04/12/2020), 1123 orang (05/12/2020) dan 1335 orang (06/12/2020).

Selain PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga masih berlaku di negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang lain. Pergerakan rentas daerah/ negeri (PKPB dan PKPP) dibenarkan di seluruh negara bermula hari ini (Isnin, 7 Disember 2020) kecuali kawasan PKPD. Rentas daerah/ negeri tidak memerlukan kebenaran polis. Tiada had jumlah di dalam kenderaan. Kapasiti berdasarkan tempat duduk kenderaan tersebut.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.