Jumaat, 10 September 2021

Basikal Lipat Jenama Crosstec 2021

Kajang, 10/09/2021 - Saya telah pergi ke kedai basikal (Kriss Lane) yang beralamat di Nombor 17, Blok N, Jalan Seksyen 3/12, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor petang tadi. Sebelum solat Jumaat, saya sudah menghubungi nombor 0125075431 melalui WhatsApp bertanyakan jenis basikal lipat (folding bike) yang masih ada stok di kedai.

Sampai di kedai berkenaan, saya membeli sebuah basikal lipat jenama Crosstec yang tayarnya bersaiz 20 inci dengan harga RM550.00 (Kad Debit Visa). Saya memilih warna jingga emas untuk basikal lipat 9 kelajuan. Kerangka besi dan batang aloi (sebatian beberapa jenis logam atau pancalogam).

Crosstec Paperang 20 inci (451). Spesifikasinya ialah bingkai keluli, rim dinding berganda aloi, Ltwoo 9 kelajuan, brek mekanikal, batang aloi, palang pemegang aloi, garpu suspensi kaku aloi, pelana (lapik tempat duduk) sukan dan tayar 20 inci dengan pelepasan pantas.

Saya melipat basikal dan memasukkannya ke dalam kenderaan serta dibawa pulang ke rumah. Selepas solat Asar, saya mengayuh basikal yang baru dibeli di kawasan surau dan sekitar taman perumahan.

Mulai hari ini (Jumaat, 10 September 2021), peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara untuk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.