Khamis, 27 Januari 2022

Restoran Nasi Kandar Malayleh 69, Jalan Bukit

Kajang, 27/01/2022 - Saya telah pergi ke Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 yang terletak di Lot 109-111, Ground Floor, Seksyen 7 off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. Jarak perjalanan dari Kilometer 33, Jalan Besar Seremban di pekan Semenyih ke restoran ini ialah 9 kilometer sahaja (melalui pusingan U di Jalan Bukit). Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 10:30 malam.

Saya memandu kereta merentasi pekan Semenyih di Jalan Besar Seremban, Jalan Semenyih, Jalan Bukit, membuat pusingan U dan masuk ke Seksyen 7 off Jalan Bukit. Akhirnya, saya sampai ke Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 di bandar Kajang yang kedudukannya berada hampir dengan Oriental Crystal Hotel, New City Hotel dan Lot 90. Saya sampai ke tempat meletak kereta di depan restoran pada jam 1:45 petang dan jam 1:47 petang mengibas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.

Ini merupakan kali pertama saya makan dan minum di sini selepas nama warung lamanya bertukar kepada nama restoran sekarang (ketika bernama warung, saya pernah pergi pada Februari 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac 2020 disebabkan wabak Covid-19). Saya makan nasi kuning (separuh), kuah campur, kari seekor sotong besar, acar (campuran timun, nenas, lobak, bawang serta cili) dan minum Sirap Limau Ais. Saya telah membayar sebanyak RM20.50 untuk harga makanan dan minuman menggunakan aplikasi eWallet. Saya bergerak dengan memandu kereta meninggalkan Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 melalui Seksyen 7 off Jalan Bukit, Jalan Bukit, Jalan Semenyih, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan untuk pulang ke rumah SI. Jarak perjalanan dari restoran ke rumah saya ialah 5 kilometer sahaja.

Sabtu, 22 Januari 2022

Movenpick, Sekolah dan Royale Chulan Januari 2022

Kajang, 22/01/2022 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI. Kami cukup bertujuh orang sejak Cuti Hari Thaipusam pada 18/01/2022 (Selasa).

Pada 15/01/2022 (Sabtu), saya dan warga Sekolah Kebangsaan Semenyih (Sekasih) telah menghadiri Majlis Mahabbah Cinta Sekasih (Mahabbah Di Jiwa, Kasih Tercipta) 2021/2022 di Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA, Sepang anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekasih. Tema warna ialah kelabu, hitam dan merah jambu.

Pada 18/01/2022 (Selasa) iaitu Cuti Hari Thaipusam, anak sulung dan anak kedua kami dibenarkan pulang dari asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu kerana terputus bekalan air paip. Saya mengambil mereka berdua di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat sebab mereka menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah. Sejak 09/01/2022 (Ahad), kami telah menghantar mereka berdua pulang ke asama, pelajar-pelajar sekolah cuma menggunakan air dari tangki. Terbaharu, pihak sekolah memberitahu bahawa tangki air yang ada, bocor dan rosak serta tidak boleh beroperasi bagi menampung air untuk disalurkan ke sekolah dan asrama. Proses membaiki tangki air mengambil masa yang lama. Oleh itu, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah kecuali calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Persekolahan Penggal 3, Sesi 2021/2022 sedang berjalan. Pelajar-pelajar yang pulang ke rumah meneruskan aktiviti PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Apabila masalah air di sekolah dan asrama selesai nanti, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar.

Hari ini, pada 22/01/2022 (Sabtu), isteri saya dan warga Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 (Senada) telah menghadiri Majlis Segunung Kasih, Sejambak Budi, Setinta Kenangan 2021/2022 di Royale Chulan Hotel (Jalan Conlay), Kuala Lumpur anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Senada. Tema warna ialah putih dan ungu.

Ahad, 9 Januari 2022

Sekolah Selepas Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022

Kajang, 09/01/2022 - Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Persekolahan Penggal 3, Sesi 2021/2022. Negeri-negeri kumpulan A pula hari ini telah bermula sesi persekolahan tersebut.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Pada asalnya Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 cuma tiga minggu. Oleh kerana banjir besar telah berlaku di banyak negeri pada bulan Disember 2021, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan penambahan seminggu lagi cuti sekolah menjadikan cuti kali ini selama empat minggu.

Sepanjang Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022, kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Ahad, 9 Januari 2022) kami menghantar anak sulung dan anak kedua ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.

10/12/2021 (Jumaat): bermalam di rumah SI. 11/12/2021 (Sabtu): bermalam di rumah TTD.

12/12/2021 (Ahad): bermalam di rumah TTD. 13/12/2021 (Isnin): bermalam di rumah SI. 14/12/2021 (Selasa): bermalam di rumah SI. 15/12/2021 (Rabu): bermalam di rumah emak isteri. 16/12/2021 (Khamis): bermalam di rumah emak isteri. 17/12/2021 (Jumaat): bermalam di rumah emak isteri. 18/12/2021 (Sabtu): bermalam di rumah SI.

19/12/2021 (Ahad): bermalam di rumah SI. 20/12/2021 (Isnin): bermalam di rumah TJ. 21/12/2021 (Selasa): bermalam di rumah TJ. 22/12/2021 (Rabu): bermalam di rumah SI. 23/12/2021 (Khamis): bermalam di rumah SI. 24/12/2021 (Jumaat): bermalam di rumah TTD. 25/12/2021 (Sabtu): bermalam di rumah emak suami.

26/12/2021 (Ahad): bermalam di rumah emak suami. 27/12/2021 (Isnin): bermalam di rumah TTD (bawa emak suami). 28/12/2021 (Selasa): bermalam di rumah TTD (bawa emak suami). 29/12/2021 (Rabu): bermalam di rumah TTD. 30/12/2021 (Khamis): bermalam di CH (Homestay). 31/12/2021 (Jumaat): bermalam di CH (Homestay). 01/01/2022 (Sabtu): bermalam di rumah TTD.

02/01/2022 (Ahad): bermalam di rumah SI. 03/01/2022 (Isnin): bermalam di rumah TJ. 04/01/2022 (Selasa): bermalam di rumah TJ. 05/01/2022 (Rabu): bermalam di rumah SI. 06/01/2022 (Khamis): bermalam di rumah SI. 07/01/2022 (Jumaat): bermalam di rumah SI. 08/01/2022 (Sabtu): bermalam di rumah SI.

09/01/2022 (Ahad), dua orang anak kami pulang ke asrama sekolah. Tonton video YouTube Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 di https://youtu.be/xNPSfcSDT0c

Sabtu, 1 Januari 2022

Percutian ke Cameron Highlands 2021/2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di Pahang. Kami telah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands sebelum ini. Kami menginap selama dua malam di sebuah pangsapuri (apartment) tiga bilik tidur. C4-3-13 (Blok C4 - Tingkat 3 - Nombor 13), Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan PMCJ 6, 39000 Tanah Rata.

Khamis, 30 Disember 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TTD di Kuala Lipis pada jam 10:21 pagi. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 125 kilometer ke Tanah Rata, Cameron Highlands. Sebelum itu, sempat berhenti di beberapa tempat seperti Hentian Rehat Betau, sempadan daerah Lipis/ daerah Cameron Highlands dan stesen minyak Petronas, Ringlet. Kami terus ke kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya dan mendaftar masuk ke Homestay (C4) pada jam 1:15 petang. Kadar sewanya untuk dua malam ialah RM500.00 (perbankan internet Hong Leong Islamic Bank pada 29/12/2021). Solat, berehat dan keluar semula. Kami berjalan kaki ke Al Raudah Spices (C1) dan makan serta minum di situ. Kembali ke Homestay. Naik kenderaan, pergi ke Animal Feeding Rainbow Garden di Tanah Rata dan Ladang Teh BOH Sungai Palas. Ada juga singgah ke kedai di tepi jalan ketika dalam perjalanan dari Brinchang ke Tanah Rata. Pulang ke Homestay dan solat. Saya bersama anak kedua berjalan kaki membeli makanan serta minuman di restoran Sinar Hijjaz (B8), restoran Pak Tam's Putrajaya (C2) dan Emina Fresh Mart (C4). Balik ke Homestay dan makan malam. Saya turun semula berjalan kaki membeli barang di Pasar Raya Cameron Jaya (C3). Pulang ke Homestay, berehat dan bermalam di C4-3-13.

Jumaat, 31 Disember 2021 (hari kedua). Bangun tidur, solat dan bersarapan pagi di Homestay. Berjalan kaki ke kedai dobi AR Laundry (C4) dan membasuh serta mengeringkan pakaian. Beberapa kali turun dan naik ke kedai dobi layan diri sebab sama blok dengan Homestay. Naik kenderaan ke Brinchang, pergi ke Cameron Square Nova, Cat House, makan tengah hari di Shah Heaven Food, sekeluarga naik keretapi kecil di T T Cameron Park, solat dan masuk ke Muzium 3D. Hari sedang hujan. Saya seorang diri singgah ke Pasar Malam Golden Hills ketika dalam perjalanan dari Brinchang ke Tanah Rata. Pulang ke Homestay, solat, makan malam, berehat dan bermalam di C4-3-13.

Sabtu, 1 Januari 2022 (hari ketiga). Bangun tidur, solat, bersarapan pagi dan saya berjalan kaki ke kedai dobi AR Laundry (C4). Saya naik kenderaan pergi ke Maybank Islamic di Tanah Rata. Beli makanan di Gerai Makan Ibu berhampiran bank. Kembali ke Perumahan Makmur Cameron Jaya dan saya singgah ke Adik Aisyah Mini Market (B7) sebelum pulang ke Homestay. Cuaca pagi ialah 15 darjah celcius. Kami mendaftar keluar dari Homestay dan meninggalkan kawasan Blok C4 kira-kira jam 11:00 pagi. Pergi ke Lavender Garden yang menghala ke Brinchang. Jaraknya ialah 15 kilometer dari Blok C4 Perumahan Makmur Cameron Jaya ke Lavender Garden. Dalam perjalanan pulang, singgah ke kedai di tepi jalan, McDonald's (Drive-thru) Brinchang, makan di dalam kenderaan, berhenti sekejap di Tanah Rata dan menunaikan solat di Masjid an-Nur, Ringlet. Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak pulang dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis. Akhirnya kami sampai ke rumah emak saya di RTP SU sebelum hujan turun dengan lebatnya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.