Selasa, 1 Februari 2022

Percutian ke Kuala Lumpur 2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam selepas berada di Pahang pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami menginap di Bilik 815, D'Majestic Place (by Widebed), 376 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Isnin, 31 Januari 2022 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TTD di Kuala Lipis dan sampai ke Kuala Lumpur selepas saya memandu Proton Exora sejauh 162.7 kilometer. Jarak berkenaan dikira semasa saya meletakkan kenderaan di B3 Level CP3 D'Majestic. Dari Pahang, kenderaan kami bergerak di Jalan Kuala Lipis, Laluan Persekutuan 8, Bandar Raub, Laluan Persekutuan 8, Pintasan Bentong (Central Spine Road) dan bersambung dengan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) melalui Plaza Tol Bentong (RM3.50). Di Hentian Sebelah Gombak Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) saya mula menggunakan Peta Google dalam talian dengan telefon pintar dan meneruskan perjalanan melalui Plaza Tol Gombak (RM6.00), Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (E33) melalui Plaza Tol Sentul Pasar (RM2.50), Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Lorong Kuda, Persiaran KLCC, Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi dan jalan-jalan di dalam bandar raya serta terus masuk ke tempat letak kenderaan melalui bahagian belakang bangunan. Jalan Pudu pula terletak di bahagian hadapan bangunan. Kami bertujuh naik lif dari P3 ke tingkat G. Di lobi hotel, buat pengesahan tempahan bilik yang sudah dibayar RM114.14 secara dalam talian (Booking.com). Naik lif dari G ke tingkat 8 dan masuk ke Bilik 815. Ambil barang-barang dan dibawa ke bilik penginapan. Solat dan hujan masih turun dengan lebatnya. Kami turun lif ke tingkat G. Oleh kerana hujan lebat, beli makanan halal Samyang (Carbonara) Hot Chicken Flavour di kedai MIX.com.my yang bersambungan lobi hotel. Naik semula ke bilik, makan, minum dan berehat. Apabila hujan berhenti, kami bertujuh naik ke tingkat 20. Mandi di kolam renang atas bumbung (dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam). Kembali ke bilik, mandi, solat dan kami semua keluar sebab lapar. Bayaran tempat kenderaan dengan kad debit VISA (RM11.00). Saya memandu di Jalan Brunei, Jalan Pudu, Jalan Galloway, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan meletakkan kenderaan di Jalan Bulan berhadapan dengan deretan kedai. Kami berjalan kaki dan pergi ke restoran makanan Arab (Hadramout House Restaurant) di Horizon Group International Sdn Bhd, Nombor 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur. Menu istimewa Nasi Arab Mandy (Ayam), Shawarma Daging, Baqlawah, kentang goreng dan pelbagai jenis minuman (RM136.00). Kami berjalan kaki di sekitar Lot 10 dan Jalan Bukit Bintang berhampiran Pavilion. Berehat sambil duduk-duduk dan kami kembali berjalan kaki berpatah semula ke belakang. Singgah ke kedai 7-11 dan naik kenderaan. Letak kenderaan di A4 Level CP2. Pulang ke Bilik 815 dan bersedia untuk bermalam di sini.

Selasa, 1 Februari 2022 (hari kedua). Bangun, solat Subuh, berehat dan bersarapan pagi di dalam bilik. Hari ini ialah Hari Wilayah Persekutuan dan hari pertama Tahun Baharu Cina. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan sejak 1 Februari 1974. Kami bertujuh naik ke tingkat 20 dan mandi di kolam renang atas bumbung seperti semalam. Kembali ke bilik, mandi dan bersiap-siap untuk mendaftar keluar. Penginapan 2 hari 1 malam dikira dari jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah hari. Bayaran tempat kenderaan dengan kad debit VISA (RM11.00). Saya memandu di Jalan Brunei dan Jalan Pudu. Di lobi hotel, isteri saya menyerahkan kad (kunci) dan saya kembali memandu di Jalan Pudu. Terus ke Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Bulatan Dato' Onn dan kembali ke Jalan Parlimen serta Jalan Tun Perak. Masuk ke Jalan Melayu dan Jalan Masjid India. Letak kenderaan, membeli-belah, makan tengah hari dan kembali menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah SI di Kajang. Rumah TJ juga di Kajang. Saya memandu di Jalan Masjid India, Jalan Bunus 6, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Satu dunia sedang mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Perancangan selepas bermalam di Selangor, jom kita ke Melaka pula. Kami masih berada dalam Cuti Tahun Baharu Cina iaitu cuti perayaan, cuti tambahan termasuk cuti peristiwa (sekolah) selama 9 hari (29 Januari hingga 6 Februari 2022).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.