Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam buah negeri pada hari ini iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Keputusan rasmi PRN 2023 bagi Selangor masih belum diumumkan lagi setakat jam 10:43 malam ini. Beberapa buah negeri yang lain telah diumumkan keputusannya oleh pihak SPR.
Kerusi N25 Kajang diletakkan tiga orang calon yang bertanding. SPR telah mengadakan PRN bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang (N25) dan calon-calonnya ialah David Cheong daripada Pakatan Harapan, Allan Liew Sin Kim daripada Perikatan Nasional serta Arul daripada Parti Sosialis Malaysia.
Hari pengundian biasa telah diadakan pada hari ini mulai jam 8:00 pagi hingga jam 6:00 petang di tempat-tempat mengundi yang ditetapkan. Saya dan isteri telah mengundi serta memilih wakil rakyat untuk DUN Kajang (N25) bagi kawasan Saujana Impian.
Kawasan di sini mempunyai banyak fasa seperti Impian Murni, Impian Gemilang, Impian Indah, Impian Kasih, Impian Setia, Impian Jaya, Impian Makmur dan Impian Sejati. Setakat ini terdapat tiga buah sekolah yang menggunakan nama Saujana Impian iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SKSI), Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 (SKSI2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian (SMKSI). Pusat pengundian biasa di Saujana Impian pada hari ini cuma melibatkan SKSI sahaja. SKSI2 dan SMKSI tidak terlibat.