Isnin, 7 Ogos 2023

J75 Beli Emas MIGA-i Mulai Ogos 2023

Kajang, 07/08/2023 (Isnin) - Saya sedang berada di rumah SI. Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) ialah Akaun Emas Islamik Maybank-i. Isnin, 17 Mei 2021 merupakan hari pelancaran MIGA-i. Isnin, 7 Ogos 2023 saya telah membuka akaun ini pada jam 8:40 malam dan membeli emas MIGA-i pada jam 8:43 malam secara dalam talian melalui Maybank2u.com.my sebanyak 1 gram dengan harga RM290.18 (harga emas 999.9 per gram).

MIGA-i adalah produk akaun emas patuh syariah. Ia memberi kemudahan kita untuk membeli dan melabur dalam emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau bimbang keselamatan memegangnya. Selepas kita membeli emas tersebut daripada pihak bank, kita akan menjadi pemilik emas yang diakreditasi oleh LBMA. Kita diberi pilihan untuk melantik bank sebagai ejen bagi menyimpan emas yang telah dibeli.

Di Malaysia, institusi perbankan semakin bertambah yang menawarkan pelaburan emas fizikal dengan membuka akaun simpanan emas berlandaskan Islam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.