Selasa, 1 Ogos 2023

Setel Petronas 2023

Kajang, 01/08/2023 (Selasa) - Saya sedang berada di rumah SI. Aplikasi pada telefon pintar merupakan perkara penting dalam kehidupan masa kini. Ia adalah ibarat sebuah komputer kecil yang bergerak.

Aplikasi Setel membolehkan kita untuk membayar pengisian minyak kenderaan di stesen Mesra Petronas dan menerima mata ganjaran cuma dengan menggunakan telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran.

Pastikan butang lokasi pada telefon pintar diaktifkan untuk menetapkan stesen minyak Petronas yang terdekat. Juga pastikan talian internet berada dalam keadaan yang lancar.

Letakkan kenderaan di sebelah pam minyak sebelum memulakan pengisian. Buka aplikasi Setel dan ia akan memaparkan nama stesen minyak tersebut. Pastikan kita berada di lokasi yang betul. Tekan butang beli petrol. Ikut peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di stesen minyak. Tekan nombor pam minyak yang kita berada di sebelahnya. Pilih jumlah pengisian petrol pada telefon.

Tambah nilai ke dalam Dompet Setel sebelum pergi ke stesen minyak adalah lebih baik bagi menegelakkan kesesakan di Petronas. Tekan butang bayar dan isi petrol. Aplikasi Setel boleh juga digunakan di kedai Mesra Petronas dan tempat-tempat lain yang menjadi rakan niaga Setel ekslusif di Petronas.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.