Tahun 2023, Proton (Perusahaan Otomobil Nasional) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu kereta salun (kereta sedan) ini, tiga hari yang lepas iaitu pada 28/11/2023 (Selasa). Proton S70 1.5 berasaskan Geely Emgrand menggunakan enjin 1.477cc turbo DOHC tiga slinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.
Ia dipadankan dengan kotak gear dual klac tujuh kelajuan bersama mod manual, selain tampil dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport. Ciri keselamatan standard enam beg udara, ABS (Sistem Brek Anti Kunci), EBD (Agihan Brek Elektronik), BA (Bantuan Brek), ABH (Auto Brake Hold), ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik), TCS (Sistem Kawalan Traksi), HHA (Hill Hold Assist) serta immobiliser dan penggera anti-curi.
Harga kenderaan untuk Proton S70 1.5 Turbo Executive (bermula RM73,800), Proton S70 1.5 Turbo Premium (bermula RM79,800), Proton S70 1.5 Turbo Flagship (bermula RM89,800). dan Proton S70 1.5 Turbo Flagship X (bermula RM94,800).