Kurangkan makanan bergaram. Jangan menambah garam ke dalam makanan yang sudah dimasak. Kurangkan makanan laut seperti udang, ketam dan kerang. Kurangkan makan daging lembu atau kambing. Boleh makan ayam yang dibuang kulit dan lemaknya. Putih telur boleh dimakan. Kurangkan makanan bersantan dan berlemak seperti minyak sapi atau mentega. Ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan sesuka hati. Banyakkan masak rebusan dan kukusan. Kurangkan memasak makanan yang menggunakan banyak minyak atau lemak seperti menggoreng dengan minyak yang banyak. Banyakkan minum air tetapi kurangkan minuman bergas dan elakkan minum minuman keras (haram diminum oleh orang Islam).
Tidur dan rehat yang cukup. Elakkan daripada stres (keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental dan fizikal). Boleh bersenam setiap hari tetapi senaman ringan sahaja.
Jangan merokok dan minum minuman keras (diharamkan untuk orang Islam). Orang bukan Islam juga diminta berhenti daripada merokok dan minum minuman keras kerana ia membahayakan kesihatan.
Kerja ringan boleh dibuat seperti berkebun dan bercucuk tanam pada masa lapang.
Datang semula ke hospital sekiranya berasa pening, sakit kepala, lemah-lemah anggota atau susah bernafas.
Datang semula ke klinik mengikut tarikh yang ditetapkan di dalam kad atau buku janji temu. Boleh menelefon klinik sekiranya ada masalah dan tentukan bekalan ubat.