Kajang, 26/02/2025 (Rabu) - Jam 7:17 pagi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Proton Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.
Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0012A (jam 7:39 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.
Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0012A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0014 (jam 7:50 AM) di kaunter 4. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.
Nombor N0014 dipanggil ke Triage 1A. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (170/102). Juga mencatat berat saya 55 gram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).
Nombor N0014 dipanggil ke Bilik 11(B) berjumpa doktor. Dia memberikan laporan pemeriksaan kesihatan enam hari lepas berdasarkan pengambilan darah. Saya memberikan memo kepada doktor iaitu surat rujukan daripada HCTM UKM (we are planning to do his eyes operation under the GA at HUKM, his BP remains high during his last two visits with our clinic, kindly do the needed to lower his BP so patient can be fit for surgery).
Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 20mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 0037. Ambil Perindopril 1 biji 1 kali sehari sebelum sarapan pagi (sebelum sahur) dan Amlodipine 1 biji 1 kali sehari selepas sarapan pagi (selepas sahur). Ambil Atorvastatin 2 biji 1 kali sehari sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 9:10 AM.
Saya membungkus makanan yang dibeli di gerai Enal Mahadi bin Syamsudin di sebelah KKK. Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke Petronas Jalan Semenyih. Isi petrol dan pulang ke rumah TJ.