Kajang, 20/02/2025 (Khamis) - Pagi ini, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Sebelum jam 7:00 pagi sudah ada orang berbaris.
Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0015L (jam 7:37 AM). Lokasi yang dicatat ialah Lab Appoinment.
Saya menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0012 (jam 7:49 AM). Saya masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).
Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Urusan selesai pada jam 8:20 AM.
Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke gerai Hamida binti Halim di TJ sebelum pulang ke rumah TJ.