Kuala Lumpur, 03/03/2025 (Isnin) - Pagi tadi, saya dan anak ketiga telah dihantar oleh pemandu kereta sewa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan HCTM.
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftamologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 10:00 AM. Janji temu untuk saya. Anak ketiga pula ada surat rujukan daripada pihak klinik swasta bagi pemeriksaan kesihatan matanya. Saya mengisi Borang Maklumat Pesakit anak untuk diserahkan ke Kaunter B. Dia mendapat nombor 1026 (jam 9:43 AM).
Kami menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9053 (jam 9:47 AM). Nombor 9053 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Selepas saya, nama anak pula dipanggil ke Bilik 24 untuk melakukan perkara yang sama. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C. Saya ke Bilik 32 tidak menggunakan nombor giliran. Saya diperiksa tekanan darah (142/96). Diperiksa bacaan gula dalam darah (5.4) melalui jari di tangan kiri saya. PR 91. Sementara itu, jururawat menyuruh anak menunggu di kerusi bahagian luar menanti nombor giliran dipanggil.
Nama saya dipanggil ke Bilik 6 oleh Dr Wong Kah Hie dan diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Tekanan mata kiri saya 14 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 15 mmhg.
Berehat sebentar. Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh doktor yang sama dan diperiksa lagi mata saya menggunakan Slit Lamp. Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina) turut memeriksa mata saya.
Saya diberi Sijil Cuti Sakit. Janji temu seterusnya ditulis oleh Dr Wong Kah Hie ke dalam Kad Janji Temu dan disahkan di Kaunter A.
Saya mendapatkan empat jenis ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1418. Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.
Nombor 1026 dipanggil ke Bilik 1 iaitu Bilik Kecemasan Mata. Anak diperiksa matanya oleh Dr Mun Yen Yin menggunakan Slit Lamp. Matanya diberi rawatan. Anak diberi Sijil Cuti Sakit. Janji temu seterusnya ditulis oleh doktor ke dalam Kad Janji Temu dan disahkan di Kaunter A.
Saya mendapatkan dua jenis ubat untuk anak secara percuma di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1515 dan dua jenis ubat untuknya yang dikenakan bayaran di Farmasi SF HTCM di tingkat G dengan nombor giliran 1401.
Singgah ke Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1 sebelum turun ke Lobi Utama untuk bergerak pulang. Tepat jam 4:00 petang keluar dari bangunan HCTM dan menaiki kereta isteri yang baru sahaja sampai menjemput kami.