Rabu, 12 Mac 2025

Klinik Kesihatan 12.03.2025

Kajang, 12/03/2025 (Rabu) - Jam 7:10 pagi, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Proton Bezza dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0011A (jam 7:32 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0011A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0010 (jam 7:41 AM) di kaunter 1. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.

Nombor N0010 dipanggil ke Triage 1B. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (137/84). Juga mencatat berat saya 51 gram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).

Nombor N0010 dipanggil ke Bilik 9(C) berjumpa doktor. Dia melihat laporan pemeriksaan kesihatan yang lepas di dalam komputer. Saya menunjukkan bacaan tekanan darah yang diperiksa di rumah (Home BP Monitoring) yang ditulis ke dalam buku berwarna hijau. Di rumah, saya menggunakan alat jenis miivio (JD-719) untuk Monitor Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor). Digital Automatik (Automatic Digital).

Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 20mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 0220. Ambil Perindopril 1 biji 1 kali sehari sebelum sarapan pagi (sebelum sahur) dan Amlodipine 1 biji 1 kali sehari selepas sarapan pagi (selepas sahur). Ambil Atorvastatin 2 biji 1 kali sehari sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 8:45 AM.

Saya mendapatkan kereta dan memandunya ke pulang ke rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.