Kuala Lumpur, 26/03/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu kereta sewa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan HCTM.
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.
Saya menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9031 (jam 9:21 AM). Nombor 9031 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Ia dikendalikan oleh jururawat. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Saya kembali menunggu di kerusi.
Nombor 9031 dipanggil ke Bilik 7 dan jururawat membawa saya kembali ke Bilik 9 untuk mencuba kanta mata kanan bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Masuk semula ke Bilik 7 dan berjumpa Dr Sree Shantha Kumaran. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp.
Saya membawa borang ujian dan mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C. Saya meletakkan borang yang telah disahkan ke dalam kotak di Bilik 8 (Unit Imagenet). Nama saya dipanggil dan mata saya dimbas serta diambil gambar menggunakan dua jenis peralatan.
Saya masuk semula ke Bilik 7. Dr Sree Shantha Kumaran memeriksa mata saya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Tekanan mata kiri saya 14 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 15 mmhg.
Ramai doktor pelatih yang masih belajar dengan pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina) melihat cara mata saya dirawat.
Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Sree Shantha Kumaran. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter A.
Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1230. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.
Saya turun ke Lobi Utama untuk bergerak pulang. Jam 2:00 petang masih di dalam bangunan HCTM menunggu kereta isteri yang menjemput saya.