Rabu, 9 April 2025

HCTM UKM 09.04.2025

Kuala Lumpur, 09/04/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu kereta sewa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9005 (jam 7:21 AM)Nombor 9005 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz dan mencuba kanta mata kanan. Ia dikendalikan oleh jururawat. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh Dr Shahrir Fadhli bin Fakhrurazi. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan kedua-dua bahagian mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 17 mmhg. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Saya diminta berehat di kerusi lain dalam Bilik 7.

Nama saya dipanggil semula oleh Dr Shahrir Fadhli bin Fakhrurazi. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Kelihatan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina) juga berada di Bilik 7.

Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Shahrir Fadhli bin Fakhrurazi. Hari ini tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu untuk menerima masuk (admit) saya ke wad telah ditulis ke dalam Kad Janji Temu sejak rawatan pada penghujung Mac 2025.

Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1096. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.

Turun ke Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Saga HBB 6149 dari HTCM ke rumah SI.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.