Sabtu, 10 Mei 2025

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2025

Kajang, 10/05/2025 (Sabtu) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan hari sukannya bermula pagi tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat dan anak kelima pula belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Anak sulung dan anak kedua saya yang masih bercuti, membantu pihak TPH mengadakan hari sukannya kali ini. Anak ketiga yang pulang dari asrama petang semalam mengulang kaji pelajaran di rumah kerana dia masih dalam minggu peperiksaan. Isteri saya turut hadir ke dewan terbuka ini. Saya ada urusan di tempat lain pula pada hari ini. Antaranya ialah undangan majlis di Bandar Pinggiran Subang. Anak kedua menggantikan saya memimpin bacaan doa’ untuk hari sukan tahunan TPH 2025.

Dari rumah TJ, saya pergi ke undangan majlis perkahwinan dua orang anak Faizal Hijjaz iaitu Siti Farah Hanum binti Mohd Faizal dan Mohd Fathi Saleem bin Mohd Faizal bersama pasangan masing-masing di Magica Grand Hall Subang, Star Avenue Livestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang. Saya telah memandu ke sana melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya Sungai Besi (E9) dan Lebuhraya Baru Pantai (E10). Perjalanan pulang, saya memandu di Lebuhraya Utara - Selatan (E1) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol (PT) Sungai Ramal (B), E9 melalui PT Mines Utara, E10 melalui PT Pantai Dalam (B), E10 melalui PT PJS 2, E1 melalui PT Subang ke PT Jalan Duta dan E7 melalui PT Batu 9. Tiba semula di rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.