Bangi, 06/12/2025 (Sabtu) - Anak sulung dan anak kedua tidak pulang dari asrama tempat pengajian masing-masing pada cuti hujung minggu ini. Anak ketiga ada pulang dari asrama ke rumah di Kajang.Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima telah pergi ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Bandar Baru Bangi pada jam 12:21 tengah hari. Kompleks PKNS merujuk kepada pelbagai bangunan fizikal dimiliki atau diuruskan oleh PKNS. Selain pembangunan hartanah, PKNS terlibat dalam pelbagai inisiatif pembangunan dan juga menganjurkan acara seperti karnival jualan dan lain-lain.
Apabila saya tiba berhampiran pentas utama di Jualan Gudang Minaz, Isman berteriak dan menyebut nama saya (Ustaz Jeehan, Sahabat Hijjaz). Kumpulan Hijjaz dianggotai oleh Isman, Ariffin, Munif dan Faizal. Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu dakwah dan nasyid kontemporari. Mereka berempat mempersembahkan nasyid bertajuk Sumayyah pada kali ini.
Sesiapa yang datang ke Jualan Gudang Minaz di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, kita tidak perlu membawa beg yang besar sebab mereka telah menyediakan beg di gudang. Terdapat bahagian Minaz Hijab, Pijama (pakaian tidur) dan lain-lain lagi.
Memang berbaloi. Jualan Gudang Minaz di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, Selangor diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (5, 6 dan 7 Disember 2025) dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ada diskaun harga untuk pembelian.