Sabtu, 31 Januari 2009

Jom Kita Berniaga

Bina Rangkaian Herba Penawar Alwahida (HPA) ONLINE Bersama Kami






JADI AHLI - BELI - GUNA - DAPAT BONUS

Daftar segera.
Keahlian HPA cuma RM30.00 (Borang dan Kit Niaga). Seumur hidup.

Senarai barangan dalam Kit Niaga:
1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam masa 2 minggu).
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.

'Produk Halal Tanggungjawab Bersama'.

Terima kasih. Wassalam.

Sabtu, 24 Januari 2009

Dua Kalimah Syahadah

Dua kalimah syahadah mengandungi dua perkara pokok, iaitu aqidah dan syariat. Atas dasar itulah syahadah pertama dinamakan syahadah aqidah atau syahadah tauhid (Aku bersaksi tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah). Sedangkan syahadah kedua dinamakan syahadah syariat atau syahadah amalan (Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah).

Maksudnya, syahadah pertama mengandungi pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah. Semua rasul membawa aqidah yang sama. Sedangkan syahadah kedua pula mengandungi pengakuan bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang mempunyai autoriti menentukan cara kita beramal atau beribadat kepada Allah S.W.T. Demikian juga umat terdahulu, mereka mestilah mengikut cara yang telah digariskan oleh rasul mereka masing-masing sebab hanya para rasul yang mendapat bimbingan langsung bagaimana cara beribadat kepada Allah yang Maha Ghaib.

Jumaat, 16 Januari 2009

Aqidah dan Syariat

Setiap rasul yang diutus Allah ke atas muka bumi ini membawa dua perkara pokok, iaitu aqidah dan syariat. Dengan istilah lain, aqidah sama dengan iman dan syariat pula sama dengan amalan. Aqidah dan syariat mempunyai kaitan yang erat. Tidak sempurna yang satu tanpa yang lain. Aqidah ialah segala yang berkaitan dengan keimanan, kepercayaan atau keyakinan sedangkan syariat pula ialah segala yang berkaitan dengan peraturan-peraturan tentang amalan.

Aqidah adalah satu yang tidak berubah. Semua rasul membawa aqidah yang sama, iaitu sembahlah Allah yang Maha Esa dan Dia jangan dipersekutukan dengan apa pun juga. Demikian juga cabang-cabang keimanan yang lain seperti keimanan tentang para rasul, para malaikat, kitab-kitab, hari kiamat dan taqdir. Ada pun syariat berbeza-beza antara satu rasul dengan rasul yang lain kerana Allah yang Maha Adil menyesuaikan syariat amalan suatu umat dengan kondisi umat berkenaan.

Sabtu, 10 Januari 2009

Senandung al-Fatihah


DENGAN MENYEBUT NAMA-MU YA ALLAH, YANG MAHA PENGASIH PENYAYANG.

SEGALA PUJI BAGI-MU YA ALLAH, PEMELIHARA SELURUH ALAM RAYA.

ENGKAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.

HANYALAH KEPADA-MU KAMI MENYEMBAH DAN PADA-MU KAMI MOHON PERTOLONGAN.

TUNJUKKANLAH KAMI KE JALAN YANG LURUS.

JALAN ORANG-ORANG YANG KAU BERI NIKMAT, BUKAN JALAN MEREKA YANG KAU MURKAI DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT.

Jumaat, 2 Januari 2009

Ayat al-Kursiy

Pengajaran daripada ayat al-Kursiy:

1. Hanya Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah.

2. Allah adalah Zat Yang Maha Sempurna.

3. Allah Maha Suci daripada segala sifat kekurangan.

4. Allah Maha Hidup lagi Maha berdiri sendiri, Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.

5. Milik Allah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.

6. Syafaat tidak berguna di akhirat nanti kecuali dengan izin Allah dan reda-Nya.

7. Ilmu Allah sangat luas. Manusia hanya mengetahui jika Dia menghendakinya.

8. Kita wajib beriman tentang adanya Kursiy Allah tanpa tamthil dan takyif.

9. Ringan bagi Allah untuk memelihara langit dan bumi.

10. Allah Maha Tinggi, tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian-Nya dan Allah Maha Besar, tidak ada yang boleh mengatasi kebesaran-Nya.

11. Sesiapa yang meninggi diri dan membesarkan dirinya terhadap Allah, maka dia dapat digolongkan sebagai orang yang derhaka. Allah akan sediakan untuknya kehinaan di dunia dan siksa yang sangat berat di akhirat nanti.

Khamis, 1 Januari 2009

Perjuangan Hidup

Hari Khamis, 1 Januari 2009 Masihi bersamaan 4 Muharam 1430 Hijrah. Kita telah menyambut tahun yang baharu. Sama ada ia tahun Masihi atau pun tahun Hijrah, apa yang penting ialah perjuangan hidup kita. Jangan lupa saudara-saudara kita yang berada di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera-tentera Yahudi saban hari. Apakah tindakan kita? Marilah sama-sama kita fikirkan sejenak.

Saya masih teringat kepada kawan-kawan yang berbangsa Arab dari Palestin. Kami belajar di universiti yang sama ketika itu. Mereka terpaksa berhijrah ke negara Jordan. Mujurlah raja Jordan ketika itu menerima mereka. Jika dilihat kesan peperangan yang berlaku, rasanya tidak sanggup menghadapinya. Bayangkan jika ia terjadi di negara kita. Apakah persediaan kita semua? Kita doa'kan semoga saudara seagama yang berada di sana teruskan perjuangan menentang musuh-musuh Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berjihad di jalan Allah (fi sabilillah) amat mulia di sisi Allah.

Sebagai persediaan untuk bertemu Allah, marilah sama-sama kita mantapkan Iman. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang Iman kita kuat dan kadang-kadang Iman kita lemah. Orang Islam mestilah beriman. Tidak ada guna jika beragama Islam tetapi tidak menghayati Rukun Islam dan Rukun Iman.

Setakat itu dulu untuk kali ini. Jika ada kesempatan, jumpa lagi. Wassalam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.