
Kembali semula ke rumah di Selangor untuk persediaan menduduki peperiksaan. Hari ini (19 Mac 2009), saya menduduki peperiksaan PTK di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang. Ada beberapa orang kawan yang sama-sama mengajar di SKTP juga menduduki peperiksaan PTK di sini.
Selepas ini, kami sekeluarga bercadang hendak pulang ke kampung di Melaka pula. Mahu menjenguk emak mentua saya di sana. Abah mentua saya juga telah meninggal dunia. Ketika saya berkahwin dengan isteri, kedua-dua abah kami memang sudah meninggal dunia. Dua orang anak kami tiada aki dan atuk sejak dilahirkan. Di Pahang anak-anak saya memanggil emak dengan panggilan wan. Di Melaka pula, anak-anak saya memanggil emak mentua dengan panggilan nenek.
Setakat itu dulu untuk kali ini. Jumpa lagi dan selamat bercuti kepada yang bercuti.
Wassalam.