Jumaat, 24 Julai 2009

Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat SKTP 1430H

Cheras, 24/07/2009 - Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF telah mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Puteri. Majlis perasmian dimulakan di dataran sekolah pada waktu pagi. Ia dihadiri oleh semua guru, murid-murid Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang hadir pada hari ini. Guru bertugas mengendalikan majlis perasmian dan sesi taklimat.

Selepas itu, murid-murid Pendidikan Islam naik ke dewan sekolah di tingkat atas. Murid-murid Pendidikan Moral pula tinggal di dataran kerana mereka ada aktiviti sukaneka. Saya memulakan majlis di dewan sebagai pengerusi majlis. Kemudian saya serahkan majlis kepada Ustaz Saaban selaku penceramah untuk program Israk dan Mikraj kali ini. Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam sekolah ini yang baru bertukar ke sini pada bulan Jun 2009.

Sementara penceramah menyampaikan ceramahnya, saya mengendalikan program di komputer riba yang dipancarkan ke skrin sebagai bahan bantu. Ceramah ditamatkan dengan soalan-soalan kuiz. Murid-murid yang dapat menjawab soalan, diberikan hadiah.

Selepas waktu rehat, murid-murid Pendidikan Islam kembali ke dewan sekolah. Saya sekali lagi bertindak sebagai pengacara majlis. Majlis diteruskan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid seperti Dikir Barat Arab, lakonan, syair, sajak dan persembahan nasyid. Saya sekali lagi mengendalikan program di komputer riba. Kali ini saya menggunakan internet sebagai bahan bantu. Guru-guru turut mempersembahkan nyanyian nasyid secara spontan dibantu oleh guru muzik sekolah dan seni kata nasyid daripada internet.

Diharap murid-murid dan guru-guru mendapat faedah dengan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj sempena program sambutan kali ini.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam