Sabtu, 5 September 2009

Nisfu Ramadhan 1430H

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana kita masih bernafas dan berada di pertengahan bulan Ramadhan. Hari ini, 15 Ramadhan 1430H dan dikenali sebagai Nisfu Ramadhan. Marilah sama-sama kita menghitung diri berkenaan dengan ibadat puasa kita selama dua minggu ini. Adakah ia telah mencapai tahap yang memuaskan atau sebaliknya?

Ramai umat Islam yang berpuasa. Alhamdulillah. Walau pun begitu, adakah mereka yang berpuasa itu kesemuanya menunaikan solat? Jawapannya, sudah tentu anda tahu. Ada yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Padahal solat merupakan tiang agama. Jika seseorang itu tidak solat, orang lain tidak boleh menggantikan solatnya. Ada pun puasa, jika dia tidak mampu menggantikannya, orang lain boleh menggantikan puasanya. Juga boleh diganti dengan membayar denda.

Jelas di sini bahawa ibadat solat lebih utama daripada ibadat puasa. Terdapat masyarakat Islam yang melatih anak-anak mereka untuk berpuasa sejak kecil lagi. Dalam masa yang sama, anak-anak tersebut perlu dilatih untuk bersolat. Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang memaksa anak-anak kecil mereka untuk berpuasa walau pun anak itu sudah separuh mati menahan kelaparan tetapi tidak pula menyuruh mereka untuk bersolat. Ini salah faham yang terjadi di dalam masyarakat kita. Islam menyuruh kanak-kanak yang berumur 7 tahun supaya bersolat. Sehinggalah berumur 10 tahun, jika tidak solat, dia boleh dipukul. Puasa tidak pula begitu. Ini menunjukkan bahawa pendidikan solat lebih didahulukan daripada memaksa kanak-kanak tersebut untuk berpuasa.

Turunnya perintah wajib solat ialah ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, setahun sebelum tahun Hijrah. Puasa bulan Ramadhan pula, mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah iaitu tahun kedua sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.