Khamis, 19 Mac 2009

Cuti Sekolah

Sempena Cuti Pertengahan Penggal 1 ini, marilah sama-sama kita melakukan aktiviti yang berfaedah. Saya dan keluarga telah pulang ke kampung di Pahang menjenguk emak. Abah sudah meninggal dunia. Saya dilahirkan di negeri Pahang. Isteri dilahirkan di negeri Melaka. Dua orang anak kami dilahirkan di negeri Selangor.

Kembali semula ke rumah di Selangor untuk persediaan menduduki peperiksaan. Hari ini (19 Mac 2009), saya menduduki peperiksaan PTK di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang. Ada beberapa orang kawan yang sama-sama mengajar di SKTP juga menduduki peperiksaan PTK di sini.

Selepas ini, kami sekeluarga bercadang hendak pulang ke kampung di Melaka pula. Mahu menjenguk emak mentua saya di sana. Abah mentua saya juga telah meninggal dunia. Ketika saya berkahwin dengan isteri, kedua-dua abah kami memang sudah meninggal dunia. Dua orang anak kami tiada aki dan atuk sejak dilahirkan. Di Pahang anak-anak saya memanggil emak dengan panggilan wan. Di Melaka pula, anak-anak saya memanggil emak mentua dengan panggilan nenek.

Setakat itu dulu untuk kali ini. Jumpa lagi dan selamat bercuti kepada yang bercuti.
Wassalam.

Khamis, 12 Mac 2009

Karnival Tadarus al-Qur'an (KTQ)

Hari ini (12 Mac 2009), saya menjadi salah seorang hakim bagi tilawah al-Qur'an (lelaki) di KTQ Sekolah Rendah Zon Semenyih, Daerah Hulu Langat. Ia diadakan di SK Taman Jasmin.

Semalam (11 Mac 2009), saya menghantar murid-murid sekolah saya dari SKTP ke SK Taman Cuepacs bagi KTQ Sekolah Rendah Zon Cheras, Daerah Hulu Langat.

Ketika saya menghakimi bacaan al-Qur'an murid-murid tadi, saya teringat ketika saya menjadi peserta seperti mereka. Waktu itu, saya juga masih belajar di sekolah rendah tetapi tidak ingat berada di darjah berapa. Kini, saya pula menjadi guru kepada murid-murid dan menyemak bacaan al-Qur'an mereka. Diharap apabila dewasa kelak, mereka ini dapat mengamalkan apa yang mereka belajar daripada al-Qur'an. Wassalam.

Isnin, 9 Mac 2009

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sempena Maulidur Rasul hari ini (9 Mac 2009), mari kita lihat sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah dilahirkan pada Tahun Gajah. Pada tahun inilah Abrahah menyerang Kota Mekah untuk merobohkan Kaabah tetapi Allah S.W.T. telah menyelamatkan Kaabah dan membinasakan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah. Kisah ini tercatat di dalam al-Qur'an iaitu di dalam surah al-Fil.

Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kedua-dua mereka berbangsa Arab Quraisy, salah satu bangsa yang mulia ketika itu. Tidak lama selepas Abdullah berkahwin dengan Aminah, beliau telah keluar bersama satu kafilah perdagangan ke Syria. Malangnya di dalam perjalanan pulang ke Mekah, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia di Madinah. Ketika itu Aminah sedang mengandungkan Nabi Muhammad. Oleh itu, Nabi Muhammad dilahirkan sebagai seorang anak yatim. Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad sangat gembira dengan kelahiran baginda setelah beliau bersedih dengan kematian anak kesayangannya Abdullah. Abdul Mutalib membawa bayi yang baru dilahirkan itu ke Kaabah. Beliau berdiri di hadapan Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan menamakan bayi itu Muhammad.

Ahad, 8 Mac 2009

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan

Semalam (7 Mac 2009), sekolah di tempat saya mengajar telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 untuk tahun 2009 dan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk tahun 2008.

Kedua-dua majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rajli bin Sukri, Penyelia Kanan (Sekolah Rendah) dari PPD Hulu Langat.

Saya mengacarakan majlis yang pertama iaitu majlis perasmian sebelum diserahkan kepada YDP PIBG sesi 2008/2009 untuk memulakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6.

Saya sebagai Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2008/2009. Selepas itu, PIBG 2008/2009 dibubarkan dengan rasminya. Ahli-ahli jawatankuasa PIBG sesi 2009/2010 pula dilantik. Saya tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa.

Majlis diteruskan oleh rakan saya dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang tahun lepas. Wassalam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.