Ahad, 29 November 2009

Zulhijjah 1430H

Lembah Klang, 29/11/2009 - Saya dan keluarga berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Beranang di Lebuh Raya Kajang–Seremban (LEKAS) siang tadi. Kami dalam perjalanan pulang dari Melaka menuju ke Selangor. Terdapat warga kota yang pulang ke kampung sempena A’idil Adha dan ada juga yang tidak pulang ke kampung tetapi melakukan ibadat korban di sini. A’idil Adha kali ini dirayakan ketika cuti akhir tahun persekolahan.

Tadi, saya dan keluarga bertolak dari kampung di Melaka ke Lembah Klang. Pada hari ini iaitu A'idil Adha yang ketiga, kami pulang ke sini. Hari raya yang pertama (10 Zulhijjah), kami berada di kampung keluarga isteri saya di Melaka. Giliran tahun ini ialah di Melaka terlebih dahulu kerana tahun lepas giliran di Pahang.

Hari raya yang kedua, saya dan keluarga serta saudara mara dari Melaka sempat pergi ke Johor. Kami menghadiri majlis perkahwinan saudara di sebelah keluarga emak mentua saya di sana. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Johor Bahru.

Hari ini pula, iaitu hari raya yang ketiga, saya dan keluarga sempat singgah di Seremban, Negeri Sembilan ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Selangor. Kakak ipar iaitu kakak kepada isteri saya meminta kami mengambil daging korban dari rumahnya untuk diagihkan kepada saudara-mara yang berada di Lembah Klang. Oleh kerana Hari Raya Korban kali ini juga terdapat rakan yang membuat kenduri sempena anak lelakinya berkhatan, saya dan keluarga pulang hari ini untuk memenuhi jemputan tersebut.

Di dalam bulan Zulhijjah kali ini, kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi saudara mara di sebelah keluarga arwah abah saya di utara tanah air. Perancangan selepas itu, kembali ke Lembah Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sejawat. Oleh kerana cuti akhir tahun persekolahan masih panjang, kami akan pulang ke kampung di Pahang pula selepas ini.

Rabu, 25 November 2009

Lagu Tema Nasyid FM


Kita berkumpul di sini
Wadah hiburan terkini
Qur’an Sunnah jadikan panduan
Akhlak budi ikutan

Kita berkumpul di sini
Wadah hiburan terkini
Qur’an Sunnah jadikan panduan
Akhlak budi ikutan

Ya Allah satukan hati kami
Menyirami Nur cahaya Ilahi
Agar subur tumbuh mekar mewangi
Segar disirami

Ya Allah berkati usaha kami
Dalam menempuh onak berduri
Biarkan kami hidup berjuang
Dan mati sebagai syahid

Ya Allah satukan hati kami
Menyirami Nur cahaya Ilahi
Agar subur tumbuh mekar mewangi
Segar disirami

Ya Allah berkati usaha kami
Dalam menempuh onak berduri
Biarkan kami hidup berjuang
Dan mati sebagai syahid


Sabtu, 21 November 2009

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2009

Cheras, 21/11/2009 – Saya menjadi pengacara majlis untuk Majlis Graduasi Murid-murid Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP).

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk murid-murid Tahun 6. Diikuti dengan barisan tenaga akademik, barisan pentadbir sekolah dan para jemputan khas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.

Saya mengucapkan kata-kata aluan sebagai pengacara majlis. Doa’ majlis pula dipimpin oleh Ustaz Saaban. Seterusnya saya mempersilakan Puan Adonie, Guru Besar SKTP untuk menyampaikan ucapannya. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Encik Isvaran, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTP sesi 2009/2010.

Majlis Graduasi diteruskan selepas persembahan Dikir Barat. Anugerah-anugerah untuk murid-murid Tahun 6 seperti Anugerah Murid Cemerlang, Anugerah Cemerlang Mata Pelajaran, Anugerah Hadiah Galakan, Anugerah Cemerlang bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (5A), Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Tokoh Murid juga disampaikan.

Majlis berhenti rehat. Selepas rehat, Cikgu Rozita mengambil alih tugas pengacara majlis untuk anugerah kecemerlangan bagi murid-murid Tahun 1 hingga 5.

Jumaat, 20 November 2009

Masjid al-Aqsa

Dalam Bahasa Melayu disebut Masjid al-Aqsa dan dalam Bahasa Arab di sebut al-Masjid al-Aqsa seperti yang dinyatakan di dalam Ayat 1, Surah al-Israk. Di masjid inilah Nabi Muhammad s.a.w. singgah ketika melaksanakan Israk dan Mikraj.

Yahudi hendak menghancurkan al-Aqsa untuk membangunkan SOLOMON TEMPLE (Kuil Sulaiman) di tapak runtuhan al-Aqsa.

Orang-orang Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi dinamakan MESSIAH (al-Masih, dalam Bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di SOLOMON TEMPLE dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah.

Di dalam kompleks Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah masjid iaitu DOME OF THE ROCK (Masjid Qubah as-Sakhrah), Masjid al-Qibli, Masjid al-Buraq dan Masjid al-Marwani.

Masjid Qubah as-Sakhrah mempunyai kubah berwarna kuning keemasan dan dikenali sebagai DOME OF THE ROCK. Sebahagian orang mengatakan ia adalah Masjid Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang dibangunkan setelah penaklukan Bayt al-Maqdis kali pertama.

Masjid al-Qibli disebut sebagai Masjid Biru kerana mempunyai kubah berwarna biru. Ada yang mengatakan kubahnya berwarna hijau. Kini warna biru atau hijaunya sudah pudar.

Masjid al-Buraq ada kaitan dengan perkataan Buraq ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Dikatakan yang di dalamnya terdapat gelang besi terpasak di dinding.

Masjid al-Marwani terletak di bawah dataran al-Aqsa. Di dalam masjid ini terletak Mihrab Maryam iaitu tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

Saya membuat catatan ini kerana saya telah pergi menziarahi masjid-masjid tersebut ketika menuntut di University of Jordan. Ini kerana Jordan dan Palestin berjiran. Masjid an-Nabawiy dan Masjid al-Haram pula terletak di Arab Saudi. Jordan dan Arab Saudi juga berjiran. Umat Islam mesti mengambil tahu di mana letaknya Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawiy dan Masjid al-Aqsa.

Sabtu, 14 November 2009

Jamuan Akhir Tahun SKTP 2009

Kajang, 14/11/2009 - Bertempat di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian telah diadakan jamuan akhir tahun untuk ahli-ahli Kelab Guru dan Staf (KGS) Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP). Majlis bermula jam 3:00 petang dan tamat pada jam 6:00 petang.

Saya bertindak sebagai pengacara majlis dengan ucapan alu-aluan. Diikuti dengan bacaan doa' oleh Ustaz Saaban. Selepas itu, saya mempersilakan Guru Besar SKTP, Puan Adonie untuk menyampaikan ucapannya.

Kemudian, saya membacakan doa' makan dan para hadirin yang hadir pun menjamu selera. Sambil itu, diadakan penyampaian hadiah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Juga hadiah cabutan bertuah. Di selang-seli dengan persembahan nyanyian oleh guru-guru SKTP.

Jamuan kali ini dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTP sesi 2009/2010, Encik Mohammed Ismail. Juga tukang kebun dan pekerja-pekerja sekolah. Sebelum bersurai, pengerusi KGS juga memberikan sedikit ucapan.

Ahad, 8 November 2009

The Hashemite Kingdom of Jordan

Tahun 1993 hingga 1998, saya berada di Jordan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Jordan. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun. Berkenaan dengan negara Jordan yang dikenali sebagai “The Hashemite Kingdom of Jordan”, saya catatkan kali ini.

Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang daripada keturunan Nabi Nuh a.s.

Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walau bagaimana pun, perlantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah sekarang ialah Hizbu al-Wataniy atau Parti Negara.

Jordan terletak di Barat Daya Asia. Laut Mati terletak di negara ini. Ia merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1,300 kaki di bawah paras laut. Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk.

Jordan mengalami perubahan 4 musim. Musim luruh antara bulan September hingga November. Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari. Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei. Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos. Walau pun begitu, ia tertakluk kepada perubahan. Ini kerana, ketika saya berada di Jordan pada bulan Mac 1998, salji masih turun. Perbezaan waktu dengan negara kita pada musim panas ialah Malaysia lewat 5 jam. Manakala pada musim sejuk, perbezaan itu menjadikan Malaysia lewat 6 jam.

Jordan mempunyai populasi penduduk seramai 6,198,677 orang (statistik Julai 2008). 92 % penduduk beragama Islam, 6 % Kristian dan 2 % lain-lain agama (statistik 2001). Bahasa Arab ialah bahasa kebangsaan Jordan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama. Selain itu, Bahasa Perancis juga dituturkankan. Amman ialah ibu negara Jordan dan ia menggunakan mata wang Dinar.

Isnin, 2 November 2009

Petra, Jordan

Petra achieved its greatest importance under the Nabateans, an ancient people whose original homeland was in northeastern Arabia. They migrated westward in the 6th century BC and eventually settled at Petra. Little is known about the Nabateans' history before 312 BC, when Petra was unsuccessfully attacked by Seleucid forces. The High Place of Sacrifice was probably built during this time.

As the Seleucid kingdom weakened in the 2nd century BC, the Nabataean kingdom increased in strength. The chief source of the Nabataeans' prosperity and power was their monopoly on the caravan spice trade that involved such distant places as China, Egypt, Greece, India and passed from the Arabian interior to the coast.

By the 1st century BC the rich and powerful Nabataean kingdom that extended from Damascus in the north to the Red Sea in the south, and Petra was home to as many as 30,000 people. It was during this period that the most impressive structures of Petra were built, including the Treasury, the Great Temple and the Qasr al-Bint al-Faroun.

A significant key to the city's success was the Nabataeans' ability to control and conserve water. Conduits and the remains of terracotta piping can be seen along the walls of the Outer Siq, which was part of an elaborate system for channelling water around the city.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.