Jumaat, 23 Julai 2010

Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah

Sepang, 23/07/2010 – Tengah hari tadi merupakan hari terakhir saya berada di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Saya telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor sebagai jurulatih untuk Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah Sekolah-sekolah.

Bengkel tersebut telah diadakan pada 21, 22 dan 23 Julai di Dewan Utama 2, Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Saya dan rakan-rakan telah berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghasilkan modul.

Kami telah diberikan kepada beberapa buah kumpulan untuk memurnikan modul bahan dakwah bagi sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor. Kami yang terlibat terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor.

Kami menggunakan banyak masa di hadapan komputer riba mencari bahan-bahan daripada internet dan sebagainya. Juga menaip bahan-bahan tersebut sebelum dikumpulkan menjadi beberapa buah modul yang lengkap.

Sempena bengkel kali ini, saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli kepada Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Ia mula ditubuhkan pada tahun 2005.

Tengah hari tadi juga telah diadakan Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Selangor Kali Ke-6 selepas majlis penutupan Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah Sekolah-sekolah.

Perjalanan pulang saya dari Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang ke rumah di Kajang ialah kira-kira 60 kilometer. Melalui Pekan Sungai Pelek dan Pekan Sepang. Berhenti solat Jumaat di Masjid Pekan Sepang yang terletak di tepi jalan sahaja. Meneruskan perjalanan melalui Pekan Salak, Salak Tinggi dan Kampung Jenderam Hulu. Masuk ke Jalan Kajang Dengkil, menyusuri Jalan Bangi dan Jalan Reko. Melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Saujana Impian. Akhirnya saya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.