Selasa, 27 Julai 2010

Bengkel Penyelenggaraan Komputer

Cheras, 27/07/2010 – Saya telah tiba ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras sebelum jam 8:00 pagi untuk menghadiri Bengkel Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Komputer. Sebelum bengkel bermula, saya dan rakan-rakan sempat bersarapan dahulu di sini. Ketika bengkel bermula, kami diperkenalkan dengan komponen utama komputer iaitu Unit Pemprosesan Pusat atau “Central Processing Unit” (CPU). Komponen-komponen lain yang ditunjukkan ialah “casing, power supply, motherboard, processor, RAM, cooling fan, optical (CD-ROM) and hard disk”. Kami diminta meleraikan beberapa komponen tersebut daripada tempat asalnya dan kemudian memasangnya kembali. Setelah siap dipasang, ia dihubungkan dengan papan kekunci, tetikus dan monitor. Tenaga elektrik disambung untuk memastikan komputer yang telah siap dipasang berfungsi dengan baik.

Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem komputer beroperasi dengan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan (HARDWARE) dan perisian (SOTWARE).

Setelah sistem komputer beroperasi, peserta-peserta bengkel ditunjukkan pula cara-cara hendak format “hard disk” dan “install” Windows XP. Kebiasaannya ia dilakukan kerana baru membeli komputer atau “hard disk” baru. Ini juga boleh dilakukan jika Windows rosak, “hang” atau dijangkiti virus.

Bagi memastikan komputer yang hendak digunakan akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, “boot sequence” haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, “setting” ini telah sedia ditetapkan, jadi ia tidak perlu dibimbangkan lagi. Boleh diteruskan ke bahagian format “hard disk” sekiranya tiada masalah di sini. Namun sekiranya komputer tersebut tidak membaca dari CD-ROM, ia perlu ditetapkan “boot sequence” telebih dahulu.

Ketika makan tengah hari, saya dan beberapa orang rakan sempat berbual-bual dengan Encik Wan Mohd Zaidee, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheras berkenaan dengan masalah perkakasan dan perisian komputer di sekolah masing-masing.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.