Khamis, 12 Mei 2011

Red Wok Restaurant, Bangi

Bandar Baru Bangi, 12/05/2011 – Saya pergi ke Taman Kajang Impian selepas solat Zohor tadi dan singgah ke “Red Wok Restaurant”. Ia merupakan sebuah restoran yang menyediakan sajian masakan Thai dan Cina yang dimiliki oleh Natasha binti Abdul Rahim bersama Awang Hasyim bin Abdullah. Empat hari lepas iaitu pada hari Ahad, saya, isteri dan tiga orang anak kami sebenarnya telah pergi makan tengah hari di restoran tersebut. Hari ini, saya pergi sekali lagi dan memesan makanan tetapi tidak makan di sini.

Di restoran tadi, saya memesan Tom Yam Bangkok Bersusu dan Ayam Kung Poh yang dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Empat hari lepas, kami sekeluarga makan tengah hari di sini dengan memesan menu Nasi Putih, Sup Sayuran Asin Dengan Tauhu, Daging Sizzling, Filet Ikan Dengan Mayonis serta minuman Longan, Oren dan Tembikai Susu. Terdapat pelbagai pilihan juadah yang sungguh menyelerakan di sini.

Hari ini merupakan kali kedua saya singgah ke “Red Wok Restaurant”. Saya dapat mengetahui kewujudan restoran ini melalui isteri saya yang pihak sekolah tempat dia mengajar pernah mengadakan jamuan makan guru-guru dan murid-murid di sini. Saya juga mendapat maklumat berkenaannya daripada majalah Harmoni (ruangan Santai), edisi 15 – 31 Januari 2011 (Bil. 151).

Restoran ini menyediakan hidangan “ala carte”, “steamboat” dan “sizzling”. Pengunjung yang datang ke sini dapat menikmati makanan yang enak dan tempat yang selesa kerana ruang makannya berkonsep terbuka. Banyak kemudahan disediakan di sini seperti surau yang dilengkapi penghawa dingin, tandas dan tempat letak kereta yang luas.

Restoran ini mula beroperasi sejak bulan Februari 2010. Ia dibuka setiap hari iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang dan dibuka semula pada jam 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam. Manakala pada hari Jumaat dari jam 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam. Hari Sabtu dan Ahad pula bermula jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam.

Sesiapa yang ingin singgah ke “Red Wok Restaurant” di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
Lot PT 70550,
Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan “Red Wok Restaurant” serta singgah ke beberapa buah tempat sebelum bertolak pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.