Jumaat, 30 Mei 2025

Hari Pertama Percutian ke Paka, Dungun 2025

Anak sulung dan anak kedua tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang belajar peringkat Diploma di tempat pengajian masing-masing. Minggu ini ialah Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima sedang bercuti di Paka, Dungun. RM389.12 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Paka, Dungun selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 3 @ Jasmine (Super Deluxe Room), Ta'min Seaview Hotel, Lot 4643, Jalan Besar Kampung Cacar, Paka, 23100 Dungun, Terengganu.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Pintu masuk utama yang menghadap laut dan boleh berjalan kaki dari hotel ke pantai di seberang Jalan Siakap. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Peti ais dan saterika di luar bilik (ruang tamu). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Kolam renang di luar bangunan hotel sedang dibaiki dan tidak boleh mandi di situ. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM185.64) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Selasa, 27 Mei 2025.

Jumaat, 30 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah SI pada 9:20 AM. Sampai ke kawasan hotel pada 3:50 PM selepas pemanduan kereta sejauh 371 kilometer dari Kajang ke Paka. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) yang menempuh PT Bukit Teratai dan PT Ampang (A). Melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan singgah isi petrol di Petronas Hulu Klang 2. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) yang menempuh PT Gombak dan PT Bentong. Sebelum sampai ke PT Bentong, singgah di Petronas PSS Bentong R&R untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG) tetapi tidak boleh kerana sistem terputus daripada rangkaian (offline). Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (E8) yang menempuh PT Karak ke PT Paka di LPT2. Singgah di Shell Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh di LPT 1 untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG). Singgah makan, minum dan solat di Kawasan Rehat dan Rawat Perasing di LPT2Guna juga peta Google pada telefon pintar selepas bergerak keluar dari kawasan rehat. Tiba di hotel. Daftar masuk ke bilik dan berehat. Berjalan-jalan di tepi pantai melihat laut dan membeli makanan. Berehat dan solat. Keluar mencari kedai dan berjumpa dengan Paka Mart di Jalan Kerisi. Lokasinya tidak jauh dari Jalan Siakap dan Jalan Jelawat. Makan malam di Mukhlis Tomyam Seafood, Lot 2347, Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun, Terengganu. Kembali ke hotel dan berehat di bilik.

Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) dalam talian untuk penginapan telah dibayar lebih awal seperti yang dinyatakan di atas. Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM1.30) PT Batu 11 di E7 melalui kad (T'nG J) pada 9:31 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:48 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:54 AM. Setel J Petronas Hulu Klang 2 (RM50.00) RON95 pada 10:02 AM. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui kad (T'nG J) pada 10:15 AMTouch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui kad (T'nG J) pada 11:16 AM. Touch 'n Go J (RM29.08) PT Karak ke PT Paka di E8 melalui kad (T'nG J) pada 3:32 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A8 (RM18.00) untuk makan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A5 (RM12.00) untuk makan. Lain-lain (tunal L) kepada Gerai A7 (RM9.50) untuk minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A4 (RM15.00) untuk bungkus makanan. Lain-lain (tunal L) kepada jualan but kereta (RM20.00) untuk bungkus makanan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Mukhlis Tomyam Seafood (RM34.50) untuk makan dan minum.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.