
Daripada Caveman, Batman, Donkey Kong Jr, Aerogun Field dan The Terminator, Pica Pic menyediakan pelbagai konsol permainan yang boleh dimainkan secara talian, mengembalikan ingatan sesetengah kita ke zaman kanak-kanak. Gambar konsol sebenar dipaparkan berserta maklumat tahun pembuatan model dan pengeluar. Apabila kita klik pada konsol permainan tersebut, kita boleh mula bermain menerusi kawalan tetikus dan papan kekunci. Memang pengalaman yang luar biasa.
Setiap satu permainan juga mencatatkan senarai nama dan markah tertinggi permainan tersebut mengikut mingguan, bulanan dan pemegang rekod setiap masa. Sebanyak 23 konsol permainan disediakan setakat ini dan beberapa lagi akan ditambah di masa akan datang. Jika anda masih tidak teruja dengan laman web ini, pasti ada yang tidak kena!
SUMBER: Majalah PC. Jun 2011.
