
Cerita berkenaan batu terbang ketika peristiwa Israk dan Mikraj ialah kisah tentang sebongkah batu yang mahu mengikut Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit. Cerita berkenaan batu tersebut kurang jelas sandaran hadisnya. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan bahawa hadis berkenaan batu terbang tersebut adalah palsu. Kita tidak perlu percaya kepada cerita tentang batu tersebut.
Batu yang benar-benar wujud serta disebut sebagai mukjizat Israk dan Mikraj terletak di tengah-tengah bangunan di dalam DOME OF THE ROCK (Masjid Qubah as-Sakhrah). Masjid tersebut terletak tidak jauh dari Masjid al-Aqsa. Kedua-dua masjid tersebut terletak di Bayt al-Maqdis, Palestin.
Masjid Qubah as-Sakhrah mempunyai kubah berwarna kuning keemasan dan dikenali sebagai DOME OF THE ROCK. Sebahagian orang mengatakan ia adalah Masjid Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang dibangunkan setelah penaklukan Bayt al-Maqdis yang pertama kali.
Masjid al-Aqsa pula disebut sebagai Masjid Biru kerana mempunyai kubah berwarna biru. Ada yang mengatakan kubahnya berwarna hijau. Kini warna biru atau hijaunya sudah pudar. Di masjid inilah Nabi Muhammad s.a.w. singgah ketika melaksanakan Israk dan Mikraj.
Satu lagi penipuan sejak dahulu ialah media Yahudi menampilkan Masjid Qubah as-Sakhrah sebagai Masjid al-Aqsa supaya Yahudi boleh menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan SOLOMON TEMPLE (Kuil Sulaiman) di tapak runtuhan al-Aqsa.
Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi dinamakan MESSIAH (al-Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di SOLOMON TEMPLE dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah.