Ahad, 12 Jun 2011

Modul dan Manual Kem Aqil Baligh

Tahniah diucapkan kepada Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor kerana telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Modul dan Manual Kem Aqil Baligh’ (AQBAL). Buku ini telah ditulis oleh sekumpulan panel yang terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor.

Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal untuk Modul serta Manual Kem AQBAL ini alah Ustaz Asyaful Adli bin Satimin, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa, Ustaz Muhammad Afandie bin Yahaya, Ustaz Hairul Hisyam bin Adam, Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie, Ustaz Mohd Hamidi bin Zakaria, Ustaz Muhammad Shahril bin Shahari, Ustaz Mohd Ikmal bin Rosli, Ustaz Rafii bin Mairi, Ustaz Mohamad Ridza bin Samsudin, Ustaz Wan Azham bin Wan Zainal Abidin dan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim.

Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) Sepang telah mengadakan program rintis Kem Pemantapan Aqil Baligh pada bulan Oktober 2010 bagi murid-murid Tahun 6 di SKSP. Saya bersama beberapa orang rakan daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal Modul serta Manual Kem AQBAL buat pertama kalinya menjalankan aktiviti kem secara praktikal di sekolah tersebut. Ustaz Mohd Faizal bin Husin dari SKSP sebagai penyelaras program.

Modul ini mensasarkan murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa senggang sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah perlu untuk diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Modul ini memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu aqidah, ibadah dan akhlak. Dengan kata lain, modul ini memfokuskan kepada penguasaan ilmu Fardhu A’in.

Modul ini adalah pengukuhan kepada program Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in (j-QAF). Juga pengukuhan kepada penilaian Perkara Asas Fardhu A’in (PAFA).

Modul ini adalah satu cadangan program. Pihak sekolah atau penganjur boleh membuat penyesuaian berdasarkan lokasi dan keadaan sekolah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam