Sabtu, 25 Februari 2012

Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform

Hulu Langat, 25/02/2012 – Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson (SKKP) sedang diadakan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform (Perempuan) Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan 2012.

Perkhemahan bersepadu kali ini diadakan pada 24/02/2012, 25/02/2012 dan 26/02/2012 iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saya bertolak dari rumah di Kajang sebelum waktu Zohor menuju ke SKKP. Ketika dalam perjalanan, azan Zohor pun berkumandang. Perjalanan dari rumah ke SKKP ialah kira-kira 33 kilometer. Oleh kerana terdapat kesesakan lalu lintas, ia memakan masa selama kira-kira 50 minit. Walau pun begitu, saya sampai ke SKKP sebelum jam 2:00 petang untuk membantu jurulatih mengendalikan aktiviti bagi sesi petang.

Saya telah memandu kereta dari rumah ke SKKP sejauh kira-kira 33 kilometer melalui Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan Jalan Hulu Langat. Saya tidak mahu melalui jalan Pintasan Kajang Semenyih, Jalan Sungai Lalang atau Jalan Sungai Tekali ke Jalan Hulu Langat kerana jalan di situ sunyi.

Saya sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP). Pihak SKTP menghantar tiga orang murid perempuan untuk menyertai perkhemahan kali ini. Rakan-rakan sejawat saya yang terdiri daripada guru-guru SKTP turut serta mengendalikan aktiviti-aktiviti perkhemahan di SKKP ini bersama guru-guru dari sekolah lain.

Antara aktiviti yang diadakan di sini ialah Asas Kawad di Pengkalan A, Pengurusan Khemah di Pengkalan B, Bantu Mula di Pengkalan C, Ikatan Tali Temali di Pengkalan D, Kraftangan di Pengkalan E, Masakan Rimba di Pengkalan F, Permainan Kim di Pengkalan G dan Permainan Rakyat di Pengkalan H.

Saya terlibat membantu jurulatih di Pengkalan G untuk aktiviti Permainan Kim. Ia adalah permainan untuk menguji deria bau, rasa dan penglihatan. Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal yang bernama Kimball O’Hara.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.