Ahad, 19 Februari 2012

Perniagaan Menurut Islam

Manusia memang diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk berniaga. Setiap hari kita terlibat dalam perniagaan seperti berjual beli dan sebagainya. Kita akan mendapat pahala dan keuntungan jika perniagaan tersebut berlandaskan kehendak Islam.

Allah S.W.T. telah menjadikan manusia yang memang memerlukan hajat antara satu sama lain supaya tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti jual beli dan sebagainya. Urusan perniagaan melibatkan penjual dan pembeli. Oleh kerana dalam Islam adanya peraturan tersebut, kehidupan masyarakat akan menjadi lebih teratur.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku suka sama suka. (Surah an-Nisak: Ayat 29).

Ramai di antara kita yang mahu berniaga tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk memulakannya. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memulakan perniagaan. Ada orang yang bermula dengan modal yang kecil dan terdapat juga yang bermula dengan modal yang besar. Semakin banyak modal yang dikeluarkan, semakin tinggi pula risikonya. Ini kerana ada yang sanggup berhutang untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Sekiranya terlibat dalam perniagaan, kita mestilah dapatkan semula modal yang telah dikeluarkan di samping keuntungan daripada perniagaan tersebut. Jika tidak, perniagaan tersebut tidak akan bertahan lama. Jika betul cara berniaga, modal yang kecil pun akan membuatkan perniagaan tersebut semakin lama semakin bertambah maju dengan izin Allah S.W.T.

Terdapat orang yang berniaga secara sambilan dan juga sepenuh masa. Ini kerana perniagaan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Walau pun ada di antara kita yang berpendapatan tetap setiap bulan, sepatutnya kita pun perlu terlibat dalam perniagaan. Cuba jadi seorang penjual pula selepas kita menjadi seorang pembeli.

Kini telah ada urusan jual beli melalui internet. Umat Islam perlu melibatkan diri dalam perniagaan secara dalam talian selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Nabi telah melarang urusan jual beli barang yang mengandungi tipu daya. (Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka. (Riwayat Ibnu Hibban).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.