Selasa, 24 Januari 2012

Restoran Istana Bambu, MRR2

Ampang, 24/01/2012 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami singgah ke Restoran Istana Bambu kira-kira jam 12:35 tengah hari tadi. Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Pahang menuju ke rumah di Selangor sempena cuti Tahun Baru Cina. Kami singgah makan tengah hari di sini.

Sebelum ini iaitu pada 25 Disember 2010, saya dan rakan-rakan telah mengadakan majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku di restoran ini. Ketika itu, saya bersama dua orang anak pergi ke restoran ini. Isteri dan anak saya yang ketiga tinggal di rumah semasa itu sebab pada hari tersebut umurnya baru satu bulan satu hari. Pada hari ini, umur anak ketiga saya telah mencecah satu tahun dua bulan.

Tengah hari tadi, kami sekeluarga makan tengah hari di Restoran Istana Bambu. Restoran ini terletak di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 (Middle Ring Road 2). Kami memesan menu Asam Pedas Ikan Jenahak, Sup Isi Ketam dan Jagung Manis, Nasi Putih serta minuman Kedondong Asam Boi.

Boleh dikatakan keseluruhan ruang dan sudut serta barangan di restoran ini diperbuat daripada buluh. Ia sesuai dengan namanya iaitu Restoran Istana Bambu. Suraunya yang diperbuat daripada buluh juga disediakan di sini. Kami sempat singgah ke ruang solat tersebut untuk solat.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Istana Bambu di Ampang, alamatnya ialah:
Lot 841-842,
Jalan Hulu Klang,
68000 Ampang,
Selangor.

Setelah selesai makan dan solat, saya memandu kenderaan membawa isteri serta tiga orang anak kami meneruskan perjalanan menuju pulang ke rumah di Kajang.

Ahad, 15 Januari 2012

Kismis Minda

Antara produk keluaran Herba Penawar Alwahida (HPA) ialah Kismis Minda. Ia adalah antara yang terbaik di pasaran kerana melalui kaedah pengeringan semulajadi dengan matahari tanpa sulfur. Keasliannya terpelihara dan dapat mengekalkan kualiti kismis tersebut.

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaannya.

Gunakan Kismis Minda HPA untuk kecerdasan daya pemikiran. Berat kandungannya ialah 250 gram.

Khasiat Kismis Minda ialah boleh menajamkan minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenal pasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Ia juga antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Ia melindungi tubuh badan daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Makan kismis untuk gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu kita. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti dan kek.

Sabtu, 7 Januari 2012

Emas dan Kekuatan Ekonomi Islam

Sistem kewangan Islam telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. dengan memperkenalkan mata wang berasaskan emas. Ia dikenali sebagai Dinar emas. Khalifah Umar al-Khattab telah memperluaskan lagi penggunaan Dinar emas pada zamannya. Satu Dinar emas ialah seberat 4.25 gram dan ia adalah seragam di seluruh dunia setakat ini.

Negara-negara yang bukan Islam telah meniru sistem kewangan Islam. Walaupun telah dicipta wang kertas tetapi mereka mengimbanginya dengan nilai emas. Mereka mencetak wang kertas berdasarkan simpanan emas dalam negara-negara tersebut.

Apabila dipisahkan pengeluaran wang kertas berdasarkan simpanan emas, mata wang tersebut akan jatuh nilainya seperti yang berlaku sekarang ini. Manakala nilai emas adalah stabil dan tidak jatuh seperti wang kertas.

Orang Yahudi telah merancang penggunaan wang digital berasaskan kad selepas kejatuhan nilai wang kertas. Cara tersebut digunakan untuk mengetahui maklumat kewangan kita. Mereka akan mendapat maklumat berkenaan kekayaan orang Islam yang menyimpan wang di bank.

Kejatuhan ekonomi dunia mula menjadi ribut menghempas dan menjadi badai ekonomi dunia. Sistem kapitalis ciptaan manusia haloba. Dinar emas adalah jalan penyelesaiannya.

Sekiranya orang Islam menyimpan emas, orang Yahudi tidak akan tahu kekuatan ekonomi kita. Dinar emas merupakan mata wang paling selamat. Ia ada nilai pada dirinya sendiri. Nilainya diiktiraf di seluruh dunia. Ia tahan lama. Nilainya tidak dimonopoli oleh sesiapa. Wang kertas boleh dimonopoli oleh sesiapa sahaja. Dinar emas ialah mata wang yang paling stabil dan ia disebut dalam al-Qur’an.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. (Surah Ali Imran: Ayat 75).

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun Baru Masihi dan Gejala Sosial

Umat Islam mesti menangani isu berkaitan gejala sosial yang berlaku setiap kali sambutan Tahun Baru Masihi di Malaysia. Marilah sama-sama kita mengambil inisiatif untuk menangani masalah gejala sosial ini.

Masyarakat kita terutamanya di kalangan kumpulan tertentu seperti kumpulan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah, penagihan arak dan orang-orang yang dianggap sebagai mempunyai penyakit jiwa, bilangan mereka adalah ramai. Ini amat membimbangkan.

Bagi menangani masalah ini, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat hendaklah memberi khidmat nasihat terutamanya kepada golongan muda remaja supaya mereka menyedari tentang betapa teruknya isu ini melanda komuniti kita.

Kita hendaklah menggunakan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu agama itu nasihat. Kita mahu mendidik masyarakat dalam perkara yang berkaitan dengan amar makruf dan nahi mungkar (menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Agama itu nasihat. Kami (sahabat-sahabat baginda) pun bertanya: Hak siapa (nasihat itu)? Baginda menjawab: Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan rakyat mereka. (Riwayat Muslim).

Agama yang dimaksudkan di sini ialah agama Islam iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (Surah Ali Imran: Ayat 19).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Sesiapa mencari agama selain (daripada agama) Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat (termasuk) daripada orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran: Ayat 85).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.