Ahad, 24 Mac 2013

Hijrah Chocolate Sdn Bhd

Jom beli Coklat Minda, Dapatkan juga ChoCollagen, Cuba pula ChocMirifica, Stokis Kajang Encik Jeehan. (019-3478217).

Tahun 2011, saya mula memberi anak-anak makan Coklat Minda dan menjadi pengedar sebelum menjadi stokis di Kajang. Tahun 2012, saya dan isteri mula mengambil ChoCollagen sambil menjualnya. Tahun 2013, saya cuba menjual ChocMirifica dan sambil itu isteri sendiri pun menggunakannya.

Artikel berkenaan Coklat Minda saya telah muatkan di laman blog ini pada 16 Disember 2011, artikel berkenaan ChoCollagen pada 11 Februari 2012 dan artikel berkenaan ChocMirifica pada 17 Februari 2013. 

Coklat Minda ialah coklat yang istimewa dan ia bukan coklat biasa. Istimewanya sebab kita akan mendapat faedah kesihatan jika mengambilnya. Ramuan yang terdapat di dalam Coklat Minda ialah susu kuda, pegaga, kacang soya dan koko. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Khasiat Penyubur Minda ini mempunyai 60 biji dalam satu kotak.

ChoCollagen menggabungkan Coklat, Kolagen Marin, Vitamin C dan Vitamin E. Produk ini mempunyai 12 biji dalam satu kotak untuk 12 hari. Makan 1 biji ChoCollagen untuk 1 hari sama ada selepas sarapan pagi atau selepas makan malam. Minum banyak air sepanjang hari. Ia amat sesuai untuk lelaki dan wanita.

ChocMirifica ialah coklat yang berbentuk hati dan khusus untuk wanita. Sedap. Mudah. Berkesan. (Delicious. Simple. Effective). Produk ini mempunyai 12 biji dalam satu kotak untuk 12 hari. Makan 1 biji ChocMirifica untuk 1 hari sama ada selepas sarapan pagi atau selepas makan malam. Minum banyak air sepanjang hari.

Coklat Minda, ChoCollagen serta ChocMirifica dibuat, dikilangkan dan diedarkan oleh Hijrah Chocolate Sdn Bhd (1005191-P) yang dahulunya dikenali sebagai MacaMaca Sdn Bhd (900361-D). Ia terletak di Shah Alam, Selangor (coklatminda.com). 

Para pelanggan yang berada di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor boleh ke Stokis Kajang. Dapatkan Coklat Minda, ChoCollagen dan ChocMirifica daripada saya sekarang sementara stok masih ada. Hubungi Encik Jeehan di talian 019-3478217.

Selasa, 19 Mac 2013

Majlis Tadarus al-Qur'an Daerah Hulu Langat 2013

Bandar Baru Bangi, 19/03/2013 – Saya telah bertugas sebagai urus setia untuk Majlis Tadarus al-Qur’an (MTQ) Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Hulu Langat, Selangor Tahun 2013 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SMKBBB), Seksyen 2.

Oleh kerana Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB), Seksyen 2 terletak berhadapan dengan SMKBBB, beberapa pertandingan MTQ peringkat daerah yang bermula pagi tadi turut diadakan di SKBBB.

Di surau SKBBB, saya telah menjadi juru acara untuk pertandingan Tilawah al-Qur’an (Lelaki dan Perempuan) bagi kategori Sekolah Rendah.

Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Rendah ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Bercerita Kisah al-Qur’an (Lelaki), Bercerita Kisah al-Qur’an (Perempuan), Nasyid dan Kompang Selawat.

Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Menengah pula ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Syarahan Spontan (Lelaki), Syarahan Spontan (Perempuan), Nasyid dan Marhaban Berzanji.

Peserta-peserta MTQ peringkat daerah telah dipilih daripada pemenang-pemenang MTQ peringkat zon. Mereka yang mewakili kategori Sekolah Rendah terdiri daripada empat buah zon iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Tenggara. Bagi kategori Sekolah Menengah pula, mereka cuma dibahagikan kepada tiga zon sahaja iaitu Utara, Tengah dan Selatan.

Ahad, 10 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Huda dan Areef

Seremban, 10/03/2013 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah menghadiri majlis perkahwinan Huda dan Areef di Wanija Villa yang beralamat di Pinggiran Golf. Ia terletak bersebelahan dengan Masjid Kariah Paroi Jaya dan Stadium Paroi.

Huda merupakan anak saudara kepada isteri saya. Emak Huda ialah kakak kepada isteri saya. Sebenarnya kami sekeluarga telah berada di Wanija Villa sejak semalam lagi. Huda dan Areef telah diijabkabulkan petang semalam.

Oleh kerana lokasi Wanija Villa berhampiran dengan Stadium Paroi, saya dan beberapa orang saudara mara sempat melihat perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Felda United pada malam semalam dari atas bukit. Kami tidak masuk ke dalam stadium tetapi menjenguk dari luar sahaja kerana Wanija Villa dan Masjid Kariah Paroi Jaya kedudukannya terletak lebih tinggi daripada stadium tersebut.

Bersebelahan dengan Stadium Paroi terdapat pula Kompleks Sukan Negeri, Paroi. Kami sempat masuk ke dalam kompleks tersebut menyaksikan perlawanan sepak takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan. Setelah perlawanan tamat, kami berjalan kaki pulang ke Wanija Villa dan bermalam di situ.

Hari ini telah diadakan majlis kenduri kahwin di perkarangan Wanija Villa sempena pernikahan Huda dan Areef. Tiba masanya saya, isteri dan tiga orang anak kami untuk pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu kenderaan. Perjalanan pergi petang semalam ke Seremban dan pulang ke Kajang hari ini melalui LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang Seremban (E21).

Jumaat, 1 Mac 2013

Hukum Berkongsi Rahsia Rumah Tangga

Mendedahkan keaiban rumah tangga kepada orang ramai adalah berdosa. Pendakwah bebas, Ustaz Syed Abdul Kader al-Joofre menegaskan, dosa menulis sama seperti dosa bercakap. Maksudnya, apa yang haram ketika bercakap, haram juga untuk ditulis.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat. (Riwayat at-Tirmizi).

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. (Surah al-Baqarah: Ayat 187).

Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menggambarkan bahawa isteri adalah ‘pakaian’ bagi suami dan suami adalah ‘pakaian’ bagi isteri supaya masing-masing menjaga kehormatan diri mereka.

Maksudnya, jika isteri atau suami membuka aib pasangannya, maka sudah tentu dia membuka aibnya sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu bertindak mengikut rasional, bukannya mengikut emosi.

Pasangan suami isteri perlu berpada-pada berkongsi foto-foto perkahwinan mereka di laman sosial. Perunding motivasi dan penceramah bebas, Puan Noor Laila Aniza Zakaria berkata, walaupun hubungan mereka halal tetapi foto-foto yang boleh mengghairahkan orang lain juga boleh mengundang dosa kerana orang yang melihat foto tersebut akan terdorong untuk melakukan aksi yang sama walaupun masih belum berkahwin.

Walaupun niat mereka sekadar untuk berkongsi kegembiraan, tetapi niat mereka tidak menghalalkan cara.

SUMBER: Anis. Mac 2013.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.