Rabu, 24 Julai 2013

Pembinaan Surau Bermula Ramadhan 1434

Kajang, 24/07/2013 – Kerja-kerja pembinaan Surau Raudhatul Firdaus di atas tapak surau sedia ada (Lot 15972) Impian Murni baru sahaja bermula pada bulan Ramadhan ini. Tarikh hari ini ialah 15 Ramadhan 1434 Hijrah. Impian Murni terdiri daripada beberapa fasa kawasan perumahan. Ia merupakan kawasan terbesar setakat ini di Saujana Impian.

Ahli-ahli jawatankuasa pembinaan Surau Raudhatul Firdaus Impian Murni mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat di sekitar Saujana Impian, individu-individu, syarikat-syarikat dan mereka yang lain-lain sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bekerjasama dalam menjayakan kerja-kerja pembinaan surau ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (pemilik), Cahaya Jaya Teguh Construction (kontraktor), Qistina Consultant (perunding) dan M.Ali Architecth (arkitek) kerana telah memulakan kerja-kerja pembinaan tersebut. Walaupun rancangan untuk mendirikan surau ini telah tertangguh sejak beberapa tahun lalu tetapi kini ia telah bermula. al-Hamdulillah.

Qistina Consultant,
(Consulting Engineers), alamatnya ialah:
54A, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor.

M.Ali Architecth, alamatnya ialah:
Worldwide Business Centre 2,
No 2, Persiaran Akautik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, pihak surau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah menderma. Mereka yang ingin terus menyumbang ke tabung surau ini, anda boleh masukkan wang sumbangan anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad. Nombor akaunnya ialah 1209 2010 0326 81.

Jumaat, 19 Julai 2013

Restoran Nasi Arab, Bangi

Bandar Baru Bangi, 19/07/2013 - Saya memandu kereta ke Bangi dan singgah ke Restoran Nasi Arab selepas menghantar barang yang dipesan kepada pelanggan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah, Universiti Tenaga Nasional. Saya telah beberapa kali merasa makanan dan minuman dari Restoran Nasi Arab ini sama ada pergi berseorangan atau pun bersama keluarga.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Saya sampai ke restoran ini kira-kira jam 3:00 petang. Tarikh hari ini ialah 10 Ramadhan 1434 Hijrah. Saya memesan menu Maqlubah Ayam (Chicken Maqlubah) yang bermaksud Nasi Terbalik Berlauk Ayam. Menu yang saya pesan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM28.00 untuk dua bungkus Maqlubah Ayam besaiz biasa.

Pada bulan Ramadhan 1434, restoran ini dibuka dari jam 3:00 petang hingga 7:00 malam untuk makanan yang dibawa pulang sahaja, dari jam 7:00 malam hingga 8:30 malam dibuka untuk berbuka puasa, dari jam 8:30 malam hingga 10:00 malam ditutup untuk Solat Tarawih dan dari jam 10:00 malam hingga 2:00 pagi dibuka semula seperti biasa. Selain daripada bulan Ramadhan, ia dibuka dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Nasi Arab di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
Lot 12, Plaza Perabot,
Bangi One Stop Home Center,
Seksyen 5, Off Jalan Reko,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Nasi Arab serta singgah mengambil anak di sebuah taska sebelum bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan Air 1434

Selamat datang ke Pesawat “Ramadhan Air” dengan nombor penerbangan 1434 Hijrah menuju ke A’idil Fitri.

Sesuai dengan peraturan al-Qur’an, kami ingin menyampaikan informasi penting untuk semua penumpang.

Kita akan terbang dalam jangka masa 29 atau 30 hari di atas permukaan dahaga dan kelaparan. Sila pakai tali pinggang puasa, tegakkan sandaran solat, tutupkan meja dosa di tempat anda dan buka penutup tingkap dengan amal dan takwa.

Pesawat ini mempunyai tiga pintu kecemasan. Pintu pahala ada di depan anda, pintu keampunan ada di tengah dan pintu kebajikan ada di belakang anda.

Di atas sebab-sebab keselamatan, diharap anda tidak mengaktifkan segala jenis hubungan propaganda dan segala rasa iri hati di dalamnya. Penerbangan ini dilarang asap perselisihan.

Selamat menikmati penerbangan anda. Kami mengucapkan mohon maaf zahir dan batin.

Catatan Persediaan Sahur: 1 Ramadhan 1434 (10 Julai 2013).

Isnin, 1 Julai 2013

10 Gajet Mobil Versatile

HTC ONE paparan 4.7 inci. Resolusi 1920x1080 (468PPI). Binaan aluminium. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.7GHz. OS Android 4.1.2. Kamera 4MP-B, 2.1MP-D. Storan 32 & 64GB. Bateri 2,300mAh. Dimensi 137x70x9.3(mm). Berat 143 gram.

SONY XPERIA Z paparan 5 inci. Resolusi 1920x1080 (441PPI). Binaan glass. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.5GHz. OS Android 4.1.2. Kamera 13MP-B, 2.1MP-D. Storan 16GB. Bateri 2,330mAh. Dimensi 139x71x7.9(mm). Berat 146 gram.

NEXUS 4 paparan 4.7 inci. Resolusi 1280x768 (318PPI). Binaan glass. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.5GHz. OS Android 4.2.2. Kamera 8MP-B, 1.3MP-D. Storan 8 & 16GB. Bateri 2,100mAh. Dimensi 134x69x9.1(mm). Berat 139 gram.

SAMSUNG GALAXY S4 paparan 5 inci. Resolusi 1920x1080 (441PPI). Binaan plastik. RAM 2GB. Pemprosesan Octa & Quad Core 1.9 GHz, 1.6GHz. OS Android 4.2.2. Kamera 13MP-B, 2MP-D. Storan 16, 32 & 64GB. Bateri 2,600mAh. Dimensi 137x70x7.9(mm). Berat 130 gram.

NOKIA LUMIA 925 paparan 4.5 inci. Resolusi 768x1280 (332PPI). Binaan aluminium. RAM 1GB. Pemprosesan Dual Core 1.5GHz. OS Windows Phone 8. Kamera 8MP-B, 1.3MP-D. Storan 16GB. Bateri 2,000mAh. Dimensi 129x70.6x8.5(mm). Berat 139 gram.

BLACKBERRY Z10 paparan 4.2 inci. Resolusi 1280x768 (468PPI). Binaan plastik. RAM 2GB. Pemprosesan Dual Core 1.5GHz. OS BlackBerry 10. Kamera 8MP-B, 2MP-D. Storan 16GB. Bateri 1,800mAh. Dimensi 130x66x9(mm). Berat 138 gram.

APPLE IPHONE 5 paparan 4 inci. Resolusi 1136x640 (326PPI). Binaan aluminium. RAM 1GB. Pemprosesan Dual Core 1.3GHz. OS iOS 6.1.3. Kamera 84MP-B, 1.2MP-D. Storan 16, 32 & 64GB. Bateri 1,440mAh. Dimensi 124x59x7.6(mm). Berat 112 gram.

LG OPTIMUS G PRO paparan 5.5 inci. Resolusi 1920x1090 (401PPI). Binaan plastik. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.7GHz. OS Android 4.1.2. Kamera 13MP-B, 2.1MP-D. Storan 32GB. Bateri 3,140mAh. Dimensi 150x76x9.4(mm). Berat 172 gram.

SAMSUNG GALAXY  NOTE 2 paparan 5.5 inci. Resolusi 1280x720 (267PPI). Binaan plastik. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.6GHz. OS Android 4.1.2. Kamera 8MP-B, 1.9MP-D. Storan 16, 32 & 64GB. Bateri 3,100mAh. Dimensi 151x81x9.4(mm). Berat 180 gram.

SONY XPERIA ZR paparan 4.55 inci. Resolusi 720x1280 (323PPI). Binaan glass. RAM 2GB. Pemprosesan Quad Core 1.5GHz. OS Android 4.1. Kamera 13.1MP-B, VGA-D. Storan 8GB. Bateri 2,300mAh. Dimensi 131.3x67.3x10.5(mm). Berat 138 gram.

SUMBER: Majalah PC. Julai 2013.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.