Sabtu, 26 Oktober 2013

Karnival Rasul In My Heart & Mega Sale Telaga Biru

Kuala Lumpur, 26/10/2013 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Karnival Rasul In My Heart & Mega Sale Telaga Biru di Masjid al-Imam al-Ghazali, Bandar Manjalara, Kepong.

Perjalanan pergi kami dari rumah di Kajang ke masjid tersebut ialah kira-kira 36 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM0.90). Kemudian melalui Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Segambut, Jalan Udang Kepai, Jalan Mergastua, Jalan Burung Hantu, Jalan Taman Bukit Maluri dan Persiaran Dato’ Shamsuddin Naim.

Kami sampai ke perkarangan masjid pagi tadi dan terus masuk ke dalam masjid. Melalui tempat jualan buku dan bercadang hendak membelinya selepas ini. Kami keluar semula dari masjid dan melawat tapak karnival. Melihat pameran kereta antik dan singgah ke gerai-gerai jualan yang terdapat di situ. Berhampiran Pentas Utama, kami mengikuti Seminar Ibu Bapa Bijak Anak Hebat yang sedang disampaikan oleh Encik Zaid bin Mohamad.

Azan berkumandang. Kami solat Zohor berjemaah di masjid. Kemudian, kami melihat pameran pelbagai jenis kucing dan membeli beberapa buah buku di tempat jualan buku yang kami telah pergi tadi. Kembali singgah ke gerai-gerai jualan dan mengikuti acara di Pentas Utama seperti Penyampaian Hadiah Gen Q, Persembahan Nasyid Unik serta Qasidah Burdah. 

Kami beredar meninggalkan kawasan masjid kira-kira jam 3:30 petang untuk pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu kenderaan mengikut jalan yang sama ketika perjalanan pergi tadi yang jaraknya ialah kira-kira 36 kilometer sahaja. Kami melalui Persiaran Dato’ Shamsuddin Naim, Jalan Taman Bukit Maluri, Jalan Burung Hantu, Jalan Mergastua, Jalan Udang Kepai, Jalan Segambut, Jalan Duta, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Kemudian masuk ke Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.