Jumaat, 1 November 2013

Samsung Chromebook

Sebuah komputer baharu daripada Samsung telah direka untuk membantu anda melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan mudah. Ia menjalankan OS Chrome, sistem pengendalian yang mempunyai berbilang lapisan keselamatan, storan awan dan produk Google yang paling popular terbina sekali.

Chromebook but dalam beberapa saat dan hampir tidak memerlukan sebarang persediaan atau penyelenggaraan. Virus, perisian hasad dan bahan tidak elok yang lain telah diuruskan. Tiada perisian tambahan (atau kebimbangan) diperlukan.

Setiap kali anda menghidupkan Chromebook, sistem akan menyemak untuk mengesan kemas kini dan melaksanakan sebarang kemas kini yang didapatinya secara automatik. Ini bermakna peranti anda akan sentiasa menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan anda akan sentiasa menggunakan versi sistem pengedalian yang terbaharu dan terhebat.

Ia mempunyai berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan anda selamat daripada virus dan perisian hasad. Dengan Google Drive, semua fail anda disokong dalam talian, dengan selamat dan terjamin, walaupun Chromebook anda direndam dengan tidak sengaja.

Chromebook menyegerak dengan lancar dengan telefon atau tablet Android anda dan peranti lain yang menjalankan penyemak imbas Chrome. Akses penanda halaman, fail dan tetapan anda yang lain di mana-mana jua.

Peranti ini perlu sentiasa bersambung dengan internet kerana kebanyakan fail-fail anda akan disimpan dalam cakera maya di akaun Google Drive berkeluasan 100GB. Inilah sebab kenapa ruang cakera kerasnya kecil sahaja kerana Chromebook tidak disasarkan sebagai komputer riba untuk menyimpan fail secara di luar talian seperti komputer biasa. Cakera keras yang ada cuma untuk memasang fail-fail OS Chrome sahaja bagi memastikannya berfungsi dengan lancar. Apabila anda membuka pelipat Chromebook, secara automatik komputer ini dihidupkan dan ketika anda menutup pelipatnya, secara automatik ia dimatikan. Harga pasaran ketika Samsung Chromebook mula dijual di Malaysia ialah RM1,299.00 dan pengguna juga boleh mendapatkannya pada harga RM988.00 dengan pakej Yes 4G (Samsung 4G Chromebook).

Technical Specifications: 11.6" (1366x768) display, 0.7 inches thin – 2.42 lbs / 1.1 kg, Over 6.5 Hours of Battery, Samsung Exynos 5 Dual Processor, 100GB Google Drive Cloud Storage with 16GB Solid State Drive, Built-in Dual Band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Built-in Yes 4G Connectivity, VGA Camera, 1x USB 3.0, 1x USB 2.0, HDMI Port and Bluetooth 3.0 Compatible.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.