Ahad, 10 November 2013

Restoran Narak, Jalan Cheras

Kajang, 10/11/2013 – Waktu solat Subuh hari ini tamat pada jam 6:59 pagi dan saya mula bergerak memandu kereta keluar dari pagar rumah. Saya pergi ke Restoran Narak yang terletak di Jalan Cheras, Batu 12 (bersempadan dengan Kajang dan Cheras).

Sebelum ini, saya pernah singgah ke sini. Restoran Narak dikenali juga sebagai Sarapan Pagi Kak Su yang menyediakan pelbagai makanan dari Pantai Timur Malaysia.

Restoran ini dibuka setiap hari iaitu pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 6:15 pagi hingga 3:00 petang. Manakala pada hari Jumaat dari jam 6:15 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Saya melihat sajian yang disediakan dan meminta dibungkuskan dua bungkus Laksam, dua bungkus Nasi Dagang Ikan Tongkol dan dua ketul Gulai Itik. RM26.00 untuk harga keseluruhan. Makanan yang dibungkus saya bawa pulang ke rumah untuk sarapan bersama keluarga di rumah.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Narak (bersempadan dengan Kajang dan Cheras), alamatnya ialah:
JC 80, Lot 717,
Jalan Cheras, Batu 12,
43200 Cheras,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Narak bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah saya ialah 3 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Jalan Cheras, Jalan Sungai Sekamat, Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.