Sabtu, 16 November 2013

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2013

Bangi, 16/11/2013 - Tadika anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang keempat pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi sebelum jam 2:30 petang tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Beberapa orang pelajar TPH membacakan doa’ pembukaan, ayat-ayat suci al-Qur’an dan terjemahannya.

Pelajar-pelajar TPH ialah daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun). Anak kedua saya yang berumur enam tahun membuat beberapa persembahan bersama rakan-rakannya. Dia menerima sijil dan hadiah. Juga menerima Anugerah Akedemik Terbaik kerana mendapat tempat ketiga bagi peperiksaan penggal kedua. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Anak kedua saya juga menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada majlis kali ini. Anak sulung saya pula telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah dari tadika ini pada tahun 2011. Dia merupakan bekas pelajar TPH tahun 2010 dan 2011. Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar TPH yang hadir. Ibu bapa, guru-guru, saudara-mara dan sebahagian pelajar TPH sempat bergambar bersama-sama sebelum pulang. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang keempat ini dengan jayanya.

Motto TPH ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.