Rabu, 18 Disember 2013

Kursus Mentoring Guru Pembimbing 2013

Sabak Bernam, 18/12/2013 – Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jalan 2, Sungai Lang, 45100 Sabak Bernam, Selangor. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh pihak sekolah tempat saya mengajar untuk menghadiri Kursus Mentoring Guru Pembimbing bagi membimbing Guru Pelatih Bahasa Arab, Diploma Perguruan Lepas Ijazah j-QAF Ambilan Januari 2013.

Kursus Mentoring Guru Pembimbing kali ini melibatkan Guru-guru Pembimbing dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia dianjurkan oleh Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam.

Saya telah memilih Bilik 105 di Asrama Suria dan keadaannya seperti tinggal di bilik hotel. Kursus kali ini diadakan pada 16, 17 dan 18 Disember iaitu kira-kira 3 hari 2 malam. Taklimat dalam kursus ini dibuat di Auditorium Sekendi. Minum petang, makan malam, minum malam, sarapan pagi dan makan tengah hari di Anjung Selera. Minum pagi pula di luar Auditorium Sekendi. Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan tempat kursus pada hari ini ialah Taklimat Portfolio, Refleksi dan Jurnal Praktikum, Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Arab (saya sebagai pengacara majlis) serta Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Tuan Haji Osman bin Hussain, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Perjalanan pulang saya dari Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam ke rumah di Kajang ialah kira-kira 176 kilometer. Saya memandu kereta dan berhenti di tiga tempat di tepi jalan. Singgah ke Petronas Bagan Nakhoda Omar menggunakan surau/ tandas, singgah ke Sungai Haji Dorani membeli 1 kilogram Mentarang dan singgah ke Assam Jawa membeli 4 biji Karipap Gergasi. Saya meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (E25), Lebuhraya Utara Selatan (E1), Jalan Duta, Jalan Damansara, Jalan Istana, Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E25 melalui Plaza Tol Ijok (RM2.00) dan Plaza Tol Kuang Timur (RM2.00). Di E1 masuk melalui Plaza Tol Rawang Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Jalan Duta (RM2.90). Di E37 tidak melalui plaza tol dan E7 melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.